[Ramadan] sudah hampir tiba penamatnya!

Assalamualaikum w.b.t.

setelah sebulan berada dalam bulan Ramadan, ayuh kita muhasabah kembali amalan-amalan kita. adakah kita telah mencapai segala target dan matlamat yang kita letakkan sewaktu bulan Ramadan datang menjemput kita?

have we accomplished it?

 

Jika belum, ayuhlah kita mengejar Ramadan yang berbaki lagi 2 atau 3 hari daripada sekarang. siapa yang tidak mahu ganjaran ibadah mereka dilipatgandakan Allah s.w.t.? Contoh. secara logiknya, amat pelik dan janggal sekiranya, ada yang menghulurkan RM1000 kepada kita, tetapi kita hanya memilih untuk mengambil RM1.

Tawaran yang Allah berikan hanya kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sekali setahun sahaja. Amat besarlah kerugian sekiranya sebulan yang kita sedang lalui ini terlepas begitu sahaja. Adakah pasti kita akan kembali menemui Ramadan pada tahun hadapan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebab itu, jangan kita memperjudikan usia dan tenaga kita, sementara kita mampu, taruhkan semuanya untuk merebut ganjaran Allah s.w.t. kerana apa yang kita harapkan hanyalah satu, KEREDHAAN ALLAH 3AZZA WA JALLA.

Hadith no: 227
Narrated / Authority Of: Ali ibn Abu Talib
One night Allah’s Apostle came to me and Fatima, the daughter of the Prophet and asked, “Won’t you pray (at night)?” I said, “O Allah’s Apostle! Our souls are in the hands of Allah and if He wants us to get up He will make us get up.” When I said that, he left us without saying anything and I heard that he was hitting his thigh and saying, “But man is more quarrelsome than anything.” (18.54) [Sahih Bukhari]

jangan kita bertangguh, jangan kita memberi alasan. jangan katakan “Ahh, sudah terlambat!” jangan saudara, jangan!

meskipun tinggal hanya satu saat sahaja bulan Ramadan sebelum dia meninggalkan kita, berzikirlah, bertasbihlah, lakukanlah apa sahaja yang boleh mengingatkan kita kepada Allah, kerana rahmat Allah itu maha luas. boleh jadi kerana sesaat itu, Allah reda pada kita, boleh jadi juga sesaat itu Allah murka kepada kita.

Pilihlah dengan imanmu.

 

Ramadan Kareem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s