Mari Mengaji (^_^)

Assalamu’alaikum wbt (^_^)

Hebahan :
InsyaAllah kelas Mari Mengaji bersama ustaz Saiful Azmi akan diadakan pada esok hari pada pukul 6.30 petang.
InsyaAllah kepada yang berminat sila berkumpul di Cafe Social Studies, bilik kuliah akan diberitahu kemudian .

PAHALA MEMBACA AL-QURAN :

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

“Ya Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia imam kami dan cahaya, petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil. Kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam”

ya Allah, jadikan al-Quran sebagai cahaya di dalam kubur kami dan jadikan juga al-Quran sebagai syafaat di akhirat kami agar kami tidak tergolong dalam manusia yang sangat-sangat rugi di dunia dan di akhirat ! Allahumma ameen.

 

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s