we.luv.intan

assalamu’alaikum w.b.t

“Perumpaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang diantara mereka adalah laksana satu tubuh.  Apabila satu anggota tubuh sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur ” [Muslim]

Segala puji bagi Allah yang memerintahkan untuk bersatu di atas Islam dan melarang perselisihan dan perpecahan. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada baginda Rasulillah s.a.w, keluarga dan para sahabatnya.

Seperti yang sedia maklum, seorang dari ahli keluarga kita, Cik Intan Zainuddin sedang berada dalam keadaan yang kurang menggembirakan. Hari ini masuk hari keenam Intan dirawat di Critical Care Unit, Walsgrave Hospital. Seperti mana yang dikongsi para sahabat lain, keadaan Intan semakin lemah dan kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.  Ibubapa intan difahamkan terbang ke negara penjajah ini untuk melawat dan menjaga “intan” mereka.

Sayu hati saya pabila ada para sahabat lain menceritakan keadaan Intan semasa melawat beliau 2 hari lepas.

“Aku ok ja, hangpa toksah risau kat aku.” katanya sambil tersenyum

itulah intan yang kita kenal. seorang yang sangat positif dan bersemangat tidak kira masa. seperti kata abang YB KN ,

“When i first met her in Warwick, i was kinda surprised. She’s very lively, talkative and friendly as well. She has one of the loudest voice i might say.Unfortunately, she had been admitted to hospital and in quite critical condition. I really hope that we can pray and make duaa for my friend Intan Zainuddin. Give her the ‘loudest’ voice of pray and duaa… Thanks for ur time :)”

Oh. terlupa pula satu perkara. kepada yang masih tertanya-tanya, apa sebenarnya penyakit yang dihidapi, saya diberitahu bahawa intan mungkin diserang penyakit TB atau batuk kering (nama melayunya :p ).  dan disebabkan komuniti kita agak kurang berpengetahuan dalam bindang perubatan, meh saya bagi link untuk siapa2 yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut apekebenda Tuberculosis ini sebenarnya kan? haaaa,meh click sini —–> Tuberculosis

Atas nama persaudaraan, cek mek Arah, telah mengadakan kutipan derma dan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga intan untuk datang ke sini.  sumbangan ikhlas boleh dibuat dengan menggunakan details dibawah ;

Nama: NFMZ
Sort code: 77-07-14
Account number: 09773060
Reference: Intan

Mendermalah seikhlasnya ye? Haaaa, hari ni hari jumaat kan? mari banyakkan amalan sunat dan merebut pahala juamat! :) Rezeki kurniaan Allah untuk dikongsi, bukan untuk dimiliki🙂 . Mari menderma dan berpahala kerana Allah!

Selain itu, dengan serendah-rendah hatinya, ingin saya mengajak dan menyeru agar kita sama-sama mendoakan kesihatan Intan. agar intan kuat melawan penyakitnya dan cepat sembuh. siapa tak nak dengar laungan semangat intan lagi kan? dan kepada sesiapa yang berhajat untuk ziarah intan, anda boleh melawatnya pada jam 3-6pm di hospital walsgrave. haaa, boleh naik bas 801 dari university atau 34 dari pool meadow.

Semoga bumi warwick sentiasa dilimpahi rahmat dan kurniaNya.insyaAllah🙂

Salam Jumaat semua!

😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s