[kuliah] : kuliah mingguan : hadis 1

assalamu’alaikum w.b.t.

#copypaste perkongsian daripada seorang sahabat kepada sahabat.🙂

Sedikit mengenai kelas hari ini. Ada kaitan dengan kisah Ummu qais ketika hijrah. Lalu lelaki itu digelar muhajjir ummu qais. Kerana ingin berhijrah untuk mengahwini Ummu qais. Niat itu tempatnya dihati.

Peristiwa hijrah ke madinah melibatkan banyak manusia. Seakan-akan ia adalah permulaan baru bagi umat islam. Dimana ketika i tu umat islam dilihat sebagai satu, y ang mana semua yang berhijrah menuju ketempat yang sama tanpa lagi ragu-ragu.

Namun awal ibadah adalah niat, dan amal yang ikhlas bermula dengan niat fi amalillah. Dan pasti pasti adanya perbezaan dalam tingkatan amal kita yang mana ia pasti terkait dengan awal ibadah yakni niat. Lalu sesungguhnya, disinilah timbulnya kisah Muhajjir ummu Qais yang mana niatnya bukan lagi hijratuhu ilallah hiwarasulihi.

Lalu, berdasarkan kisah itu, dapat kita simpulkan bahawa ibadah yang baik berpunca dari dua aspek yang utama yakni niat kerana Allah dan juga amal yang selari dengan syariat Allah.

Dalam membicarakan hal ini, kisah robinhood selalu dijadikan contoh dalam menguraikan dua aspek menuju ibadah yang sempurna. Dimana rutin robinhood itu berasaskan niat yang baik yakni untuk membantu orang susah namun , amalnya itu tidak selari dengan syariat Allah yakni dengan mencuri. Maka wujudlah ‘peribahasa melayu’ yakni matlamat/niat tidak meghalalkna cara dalam mencari kesempurnaan ibadah.

Namun ingatlah, bahawa bukan sesekali tugas kita untuk menghakimi ibadah seseorang melainkan ilmu ini, untuk membantu kita mempelajari dan meningkatkan kesempurnaan ibadah kita sehari-harian. Maka berhuzdnuzon lah sesama sahabat melainkan jelas perbuatan itu bertentangan dengan syariat islam yang jelas seperti maksiat dan hal yang terkait dengan aqidah islamiyah.

Dalam membicarakan hal niat, ada beberapa hal terkait dengan kehidupan manusia yang mana tanpa melakukan niat hal tersebut tetap sah. Contohnya hal yang terkait dengan kontrak sesama manusia dan hal cerai. Seandainya hal tersebut terjadi tanpa adanya niat, ia sesekali tidak membatalkan kontrak atau cerai.

Kes satu :-

Datin  bedah najihah  :- Alhamdulillah, selesai sudah hal mngenai kontrak inikan joyah!

Mak cik joyah.      .       :- Kontrak perniagaan ini osem! . Mesti perniagaan kita  makin mantop kan bidah!!!

Selepas beberapa bulan, alkisah nak dijadikan cerita, perniagaan joyah jatuh merudum akibat koontrak yang tanpa disedari menyebelahi Datin Bedah najihah!

Lalu Mak cik joyah membawa kes ini ke mahkamah negeri pahang tanpa ragu2!.

Dalam perbicaraan itu…

Peguam Datin Bedah:- apakah hujah anda mengatakan bahawa kontrak itu salah wahai Mak cik joyah?

Mak cik joyah :- saya tidak pernah terniat untuk mempersetujui kontrak. Maka kontrak itu tak sah ya Ariff… ( mak cik joyah menyatakn dengan yakin)!

Maka kes ini sangat jelas dimana niat itu tidak sesekali membatalkan hal kontrak ataupun cerai seandainya lafas itu telah terungkap dari bibir manusia. Harus juga diingat bahawa tanpa niat, amalan yang tidak bertentangan dengan syariat islam tidak dianggap dosa.

….. Perbincangan ini telah menyimpnag dari tajuk asal akibat peserta yang sangat aktif bertanya🙂. Haha

Namun sedikit yang saya boleh ringkaskan mengenai hal terkait niat dalam hadis ini ialah fungsi niat sebagai teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Dalam kelas perkongsian islam hari ini, kami ada juga berbincang hal mengenai tanggungjawab dakwah sebagai muslim dan juga hal berkaitan sunnah. Namun, saya tak mampu menguraikan dalam pos ringkas kali ini. Kalau nak, joinlah kelas kami!!

Quooot best hari ini!

Aspek utama dalam berdakwah, bukan terletak pada tindakan tetapi pada nilai tersembunyi! Dan hujung dakwah adalah menuju Allah~ uuuu , fikir-fikirkan😉

Allah hua’lam

Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s