coventry dan sekitarnya (siri pertama)

Salam muhibbah warga coventry sekalian,

Entri kali ini berkisar kepada persekitaran dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan warga pelajar Malaysia coventry secara amnya, dan untuk muslimin dan muslimat Malaysia secara khususnya. Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, bandar coventry ini tidaklah seberapa besar sangat, sedang-sedang sahaja saiznya. Untuk muka-muka baru yang akan melanjutkan pelajaran di University of Warwick nanti, jangan pula terkeliru dengan lokasi bakal universiti anda semua nanti. Walaupun dinamakan Warwick, tetapi lokasi universiti kalian semua berdekatan dengan bandar Coventry. Kembali semula kepada bicara asal, bagi pelajar-pelajar yang akan menuntut di Warwick nanti, anda semua akan terbiasa dengan pasaraya kebanggaan kami ini

Pasaraya gah ini menjadi tumpuan kami disebabkan harganya yang berpatutan, sehingga akan menjadikan anda hampir boros dengan sekelip mata. Pakaian seperti sweater dan knitwear boleh didapati dengan harga yang begitu murah sekali dengan variasi pakaian yang berbeda yang pastinya akan memenuhi citarasa saudara dan saudari semua. Oleh yang demikian, pendapat peribadi saya sendiri, amatlah rugi jika kalian semua membeli-belah dengan begitu mewah sekali semasa di Malaysia kerana pakaian-pakaian di sini begitu murah harganya. Di Coventry juga terdapat fresh market yang menjual aneka makanan segar dan mentah untuk kegunaan harian anda semua. Untuk pengetahuan anda semua, di sini terdapat daging-daging halal.

bahagian dalaman Coventry mini market,

Bagi yang berkerajinan pula, anda semua boleh berkunjung ke foleshill road yang terletak di pinggir bandar Coventry. Untuk ke sana, kamu semua boleh menaiki bas syarikat Travel Coventry yang bernombor 20, 40 dan 60. Di sana, banyak deretan kedai yang menjual barang keperluan harian yang segar seperti sayur, ayam dan daging halal dan berbagai-bagai lagi. Seperkara yang menarik di sini ialah muslimin dan muslimat semua boleh mendapatkan bahan-bahan mentah terbabit dengan harga yang murah. Gambar di bawah adalah salah satu contoh kedai foleshill road.

Sekian sahaja kali ini, berjumpa lagi di siri yang kedua.🙂. Salam.

firdaus nuruzzaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s