[M@WEE] Tafsir M@WEE: Part 1

Pengenalan

Muzakkir: Naufal Jailani

Tarikh: 24 Mei 2011

Setiap Selasa sepanjang semester ini akan diadakan Siri 3 Qul.

Rujukan – Tafsir Ibnu Kathir + Tafsir fi Zilalil Quran

 Kepentingan Tafsir

  • Melayu – rata-rata x mampu nak memahami atau menguasai bahasa Arab. Even orang arab pun sebenarnya ada yang memerlukan tafsir kerana AQ ini adalah mu’jizat dan istimewa dalam aspek bahasanya yang tersendiri.
  • Memahami intipati AQ – Dah baca AQ lama dah.. Sejak kecil tapi effectnya dalam kehidupan bagaimana? Khatam berkali.. Kenapa effectnya x sama dengan para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in?
  • Hadith rasulullah saw dari Uthman bin Affan ra : “Sebaik-baik antara kamu adalah mereka yang mempelajari AQ dan mengajarkannya” (Bukhari). InsyaAllah.. ingin tergolong dalam golongan yang rasulullah katakan sebaik-baik.

Kenapa Juzu’ Amma??

  • Bahagian yang terakhir dalam AQ (surah 78-114)
  • Kebanyakkan dari surahnya adalah surah Makiyyah – Mempunyai tema-tema fundemental dan basis tentang Islam (Aqidah + Akhlaq)
  • Banyak surah-surah yang lazim dalam kehidupan masyarakat Melayu – banyak yang dah hafal dan selalu dibaca

Surah An-Naas

Element dan intipati Qul

  • Mematuhi perintah Allah – fi’il Amr yang berbentuk arahan. Perkataan qul datang dahulu sebelum a’uzu. Obedience before getting protection from Allah. Contoh : Minta duit or minta tolong dari orang lain. Begitu juga dengan Allah. Apa adabnya?? Lebih-lebih lagi kepada TUHAN Yang Menciptakan(Al-Khaliq) manusia.
  • Pengisytiharan meminta perlindungan – Decleration of us seeking refuge from Allah. Apa beza mengaku dalam diam dan declare secara terang-terang. Surah ini surah Makiyyah. Bayangkan bagaimana solidnya iman para sahabat pada waktu itu. Contoh – dalam talk tadi diterangkan mengenai lelaki propose kepada perempuan untuk mendirikan keluarga. Mungkin contoh yang lebih terang adalah bila dalam peperangan or pertandingan. Kalah menang adat pertandingan. Bila kalah, ada yang masih x dapat terima. Terus peri tanpa mengucapkan tahniah dsb. Tapi, bila dia declare dia kalah, dia merendahkan egonya dan mengaku bahawa dirinya kalah. Begitu juga dalam kalimah qul. Declarekan bahawa kita ini lemah, buang segala ego yang ada, mengaku bahawa kita ini hamba dan memerlukan perlindungan dari Allah.

p/s: InsyaAllah akan disambung bahagian seterusnya pada minggu hadapan. InsyaAllah, sesiapa yang nak tambah any missing point, dipersilakan.

Bittaufiq wan Najah~

Sedikit nota ringkas dari,

Naufal Jailani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s