[M@WEE] Apa Ertinya Saya Menganut Islam: Siri 1

Tajuk: Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Oleh: Ustaz Fathi Yakan

Muzakkir: Bro Ahmad Johari 

Tarikh: 25/5/2011, Rabu

 …


Alhamdulillah, kita kebanyakannya mendapat hidayah melalui keturunan.

”Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah SAW menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)”

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78)

Nabi-nabi dan rasul-rasul zaman terdahulu, syariat mungkin berbeza tetapi mereka menyembah Allah yang Satu.

Kita harus hubungkan kembalikan hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu sebelum mementingkan hubungan kita dengan manusia dan makhluk lain.

Hubungan kita dengan Allah adalah asas.

Jika hubungan dengan Allah tidak selesai, maka kita xboleh membawa apa2 di masa akan datang(akhirat kelak). Dan, menjadi suatu kerugian besar kepada kita walaupun kita melakukan kebaikan sebanyak mana pun di dunia ini

Cth: Kalau orang kafir, bersedakah berjuta-juta pun, tidak ada nilai di sisi Allah kerana tiada hubungan ketuhanan dan keimanan terhadap Allah.

Kita mestilah:

1. Muslim dari segi aqidah, iaitu kenal Allah, beriman dengan Rukun Iman

2. Muslim dari segi akhlak.

Bila kita kenal Allah secara tabi’in, kita nak kenal cara untuk ibadah kepada Allah mengikut yang digariskan oleh Allah.

Apabila telah dapat melakukan ibadah yang bersih, akhlak seorang muslim pula kita kena tengok. 

Dan, jangan dilupa bahawa apa-apa yang kita nak buat dalam hidup ni, kena juga pentingkan pembinaan individu.

Tidak boleh pertikaikan kepentingan individu kerana memang kita akan mengadap Allah SWT seorang diri nanti. Kita akan dihadapkan seorang diri di hadapan Allah, dan bukanlah bersama suami atau ibu bapa kita mahupun masyarakat sekeliling.

KENA FAHAM, perasaan gah dan taksub dengan jemaah apa-apa sekalipon adalah tidak patut kerana macamana pon, kita akan mengadap Allah seorang diri, bukan bersama jemaah atau keluarga kita. Misalnya, haram tinggalkan solat lima waktu, kerana nak menghadiri meeting dan sbgnya.

Fokus kepada pembinaan individu juga perlu sentiasa berjalan.

Jangan tinggalkan kepentingan individu untuk kepentingan masyarakat semata.

Kena seiring dan sejalan.

Maratib amal:

1. Bina individu islam

2. Bina baitul muslim

3. Bina masyarakat muslim

4. Bina kerajaan Islam

5. Bina daulah Islam

6. Bina empayar Islam

7. Bina ustaziyatul alam

Jika kita bekerja untuk tegakkan negara Islam atas muka bumi ni, akan tetapi gagal untuk membentuk aqidah yang sempurna, maka ditakuti segalanya akan sia-sia.

Jangan bergantung untuk berharap dengan orang lain atau menumpang kesolehan orang lain kerana penghisaban adalah berdasarkan amalan-amalan individu.

Tentang kitab ini.

BAB PERTAMA:

Maksud mesti muslim adalah:

1. Beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah,

semua pada diri kita adalah milik Allah.

cth: kaki, tangan dll.


semua material di sekeliling adalah milik Allah.

cth: pasir, tanah, besi, komputer dll.

2. Kenali siapakah Allah dan sifat2 Allah:

Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.

Ingat bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah.

Cth: berjaya dalam belajar, dapat isteri, dan segala yang terjadi dalam kehidupan seharian, setiap masa.

Alam yang penuh indah ini sebenarnya diciptakan oleh Allah yang Maha Hebat, saling memerlukan satu sama lain.


Dalam proses mengenal islam, kita mesti melihat alam dengan kaca mata iman,bukan melihat sekadar melihat sahaja.

Apa yang kita nak bawak ilmu kepada pelajar kita kenal adalah, bukan theory2, akan tetapi, tentang Allah terlebih dahulu, bukanlah terus terjah sebarkan kepada pelajar tentang bahasa, nombor2 dan lain2.

Peringatan:

Beriman alam ini milik Allah, kita milik Allah

“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan”

(Surah Al-Anbiya’ 21: Ayat 22)

Wallahua’lam

Dicatat oleh: Arah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s