[M@WEE] Siri 5: Hati

Tarikh : 23/5/2011 (Isnin)

Muzakkir : Ahmad Johari Mohamad (A. Jo)

Tajuk: Pembahagian Hati

Slide: Boleh download di LINK

Pembahagian HATI ada 3:

1. HATI yang SIHAT:

Hati yang hidup,milik orang yang selamat dari azab Allah di Hari Kiamat (qalbun salim). Allah mendefinisikan hati yang bersih seperti dalam Surah As-Syuara, ayat 89.

Sifat qalbun salim: tidak menyembah selain daripada Allah, tidak takbur dan bangga diri, tidak dengki, tidak ujub dan lain-lain.    

2. HATI yang MATI:

Tidak ada kehidupan di dalamnya, tidak kenal Allah dan tidak mengetahui siapa Tuhannya. Hidup hanya mengikut akal fikiran mereka semata-mata dan hanya mengikuti hawa nafsu sahaja. Kita mesti berkawan dengan orang yang berhati mati untuk menghidupkan hati mereka, iaitu berdakwah kepada mereka.

3. HATI yang HIDUP tetapi CACAT:

Berada di antara nafsu dan ketaatan, antara batil dan haq. Kadang-kadang, hati ini berada dalam kehancuran, kadang-kadang dalam ketaatan. Mungkin hati boleh mati jika tidak mengubati hati ini, boleh menyebabkan kita menyokong kezaliman. Mendapat cubaan daripada syaitan.

Peringatan untuk diriTakbur adalah penyakit pertama dalam hati oleh makhluk kepada Al-Khaliq.

Dalam Surah Al-Haj:Ayat 52-54:

“Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang Rasulpun dan tidak (pula) seorang Nabi, melainkan apabila dia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana, agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang sangat, dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu menyakini bahawa Al-Quran itulah yang haq dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus”

Jadi, Nabi dan Rasul juga mempunyai keinginan dan digoda syaitan dan Allah SWT lah yang menguatkan hati-hati mereka, sebagai cubaan kepada terutama orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit.

Harus sentiasa ‘check’ hati kita, jangan biarkan syaitan merosakkan perbuatan pahala. Sebagai contoh: syaitan membuatkan seseorang ingin berbuat baik untuk mendapat populariti, terutama dalam kalangan penggerak dakwah dan murabbi tarbiyyah. Nauzubillah.

Selain itu, kita perlu sentiasa perbetulkan hati supaya hati bersih dan boleh duduk di dalam syurga, boleh bertemu dan melihat Allah. Tidak mungkin kita boleh menghadap Allah dengan hati yang kotor. Jangan fizikal kita banyak buat kerja dan amal akan tetapi hati kita tidak bersih.  Wallahualam.   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s