[M@WEE] Siri 3: Al-Quran Sebagai Panduan

Tarikh : 19/5/2011  (Khamis)

Muzakkir : Imam Manan

Tajuk: Dunia sebagai medan imtiham (Ujian).Bagaimana pula dengan akhirat?

Bayangkan diri kita dalam dewan exam ,kita perlukan “something” utk berjaya .Cuba bayangkan dewan exam sebagai dunia, kita perlukan kefahaman @ ilmu utk berjaya. Bagaimana pula dengan akhirat?

Bukankah dunia ni sebagai medan bercucuk tanam dan di akhirat nanti kita akan dapat hasil tuainya? Justeru, apakah panduan kita sebagai musafir di dunia yang fana ini?

Baiknya  Allah SWT,  Allah SWT  memberikan panduan al-Quran untuk manusia. Tetapi ramai manusia yang tidak menghayati apatah lagi mengamalkan isi kandungan al-quran. Ingatlah, hidup ini berkaitan pilihan, sama ada dunia @ akhirat ,  syurga @ neraka  , tiada pilihan lain selain itu.

Bacalah al-Quran , jika kita tidak mampu baca , tengok al-Quran pun sudah dapat pahala. Kebinasaan di dunia akan kena pada mereka yg bersalah @ tidak , tetapi kat akhirat, pengadilan hanya pada mereka yang bersalah . Justeru pentingnya  perlu ada segolongan yg melakukan amar makruf nahi mungkar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 110 yang bermaksud:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Umat Nabi Muhammad SAW adalah yang paling ramai dan terkena lebih banyak fitnah. Dulu usia umat bergantung kepada usia nabi dan rasul pada masa itu, tetapi sekarang, ketika kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, ditinggalkan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan . Tanpa panduan al-Quran dan as-sunnah, manusia seperti buta dengan cahaya berbanding manusia buta yg dapat melihat cahaya al-Quran. Jadi kena sentiasa muhasabah atas tujuan apa kita diciptakan, sebagai anak, pelajar dan tugas utama utk menyebarkan dakwah (Islam).

Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang mereka usahakan .Tugas kita hanya menyampaikan dan menunaikan hak sahabat, selebihnya (natijah) Allah yang tentukan. Harus ada rasa ‘izzah dengan ISLAM dan al-Quran. Sentiasa membaca al-Quran kerana al-Quran akan menjadi pendamping di kubur dan di akhirat nanti. Jika kita tidak membaca al-Quran dalam rumah , rumah kita umpama kubur yang sepi. Begitu juga dengan hati manusia , hati manusia akan mati tanpa cahaya al-Quran.

Kata-kata Saidina Umar, “Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan ISLAM tanpa ISLAM kita hina”.

Jadi, harus sentiasa menjadikan al-Quran pendamping  dan  jadikan tugas penyampai dakwah sebagai saham kita di akhirat. Sama-sama kita melabur di dunia sementara ini  walau sekecil-kecil zarah sekalipun Allah akan kira dan nilai .

Akhir kalam, bagi yang bakal menduduki imtihan, jangan lupa menunaikan solat sunat dhuha sebelum melangkah dewan exam ,banyakkan selawat dan istighfar  dan yang paling penting jgn lupa perbaharui niat . Selebihnya TAWAKKAL pada Allah ! Jagalah hak Allah, nescaya hak kamu terpelihara. (^_^) insyaAllah.

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s