[M@WEE] Siri 2: Niat

Tarikh : 18/5/2011 (Rabu)

Muzakkir : Ashraaf Raiez

Riyadhus Solihin  ( Taman Orang-orang Soleh) oleh Imam Nawawi

Bab 1 :  Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Niat penting dlm ibadah khusus @ umum. Begitu juga dgn ibadah perlu diniatkan  sepenuhnya kerana Allah . Amalan zahir tanpa niat yg tidak betul hanya sia-sia.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1)Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.  (Surah al-Mukminun : 1- 2 )

Solat (amalan zahir) sahaja tidak mencukupi , tetapi perlu solat dengan khusyuk, baru berjaya insyaAllah.

Dalam satu hadis , diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi S.A.W  berkata akan muncullah seorang ahli syurga. Abdullah bermalam dengan ahli syurga tersebut dan apabila tiba hari terakhir dia bertanya kepada sahabat yg bakal ke syurga apakah amalan yg engkau buat sehingga melayakkan engkau ke syurga?  Ahli syurga tersebut menjawab, amalan ku apa yg engkau lihat tapi aku tiada fasad (dengki) kepada saudara muslim yg lain. kata abdullah , inilah amalan yg memasukkan engkau ke syurga dan yang susah untuk kami buat. Sesungguhnya  amalan hati ( keikhlasan hati ) lebih penting dari amalan zahir.

Sesungguhnya besar kecilnya amalan kita bergantung kepada amalan hati. Dalam satu hadis Nabi SAW , “Janganlah kalian mencerla sahabatku sekalipun amalan kamu sebesar gunung uhud @ segenggam kurma”.

Yang membezakan amalan hati adalah kadar keimanan. Sesungguhnya kadar keimanan sahabat-sahabat nabi sangat tinggi jika dibandingkan dengan manusia pada hari ini.

Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (H.R. Al-Baihaqi )

Saidina Umar pernah berkata:  Seandainya ada yang masuk ke NERAKA, aku takut akulah orangnya. Seperti kata-kata Saidina Umar lagi, hisablah diri  sebelum diri dihisab. Sesungguhnya tiada yang tahu tingkat-tingkat  keimanan dalam hati manusia melainkan Allah S.W.T.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah Al-Hajj :37)

Sama-samalah kita sentiasa perbaharui niat dan sucikan hati seikhlasnya kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya ikhlas itu sangat sukar untuk dilihat apatah lagi untuk di capai tetapi tidak mustahil sekiranya kita benar-benar menjaga segala ibadah kita kerana Allah semata-mata. Ia umpama susu (dalam badan binatang) yang tidak bercampur dengan darah dan hampas makanan. Subhanallah.

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. (An-Nahl:66)

Abu Bakar Ad-Daqqaq berkata :  Kekurangan org yg mukhlis kerana dia melihat ikhlasnya. Jika dia mengkehendaki agar Allah memurnikan ikhlasnya, maka dia harus melihat ikhlasnya masih memerlukan ikhlas lagi, sehingga dia menjadi org yg perlu menambah ikhlasnya dan bukan sekadar org yg ikhlas” .

Sama-samalah kita sentiasa perbaharui niat dan sucikan hati seikhlasnya kepada Allah s.w.t. Ingat , amalan hati lebih penting dari amalan anggota.  Jom check hati kita.

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s