[M@WEE] Sarapan pagi pilihan Warwick!

Assalamualaikum wbt dan salam imtihan buat semua🙂

Waktu Subuh yang semakin awal sememangnya agak mencabar bagi semua warga Warwick dan kadang-kadang selepas Subuh, ‘tendency’ untuk kembali ke ‘peraduan yang terchenta’ adalah tinggi kerana kita merasakan tiada sebab untuk bangun awal kerana solat telah ditunaikan. Tetapi 56 Melbourne Road telah menghadirkan sebab itu untuk anda semua!!! \(^^)/

Kalau tahun lepas, I.Luv.Warwick telah membawakan anda dengan “Kuliah Subuh Online (KSO)” untuk mengelakkan warga Warwick daripada menjadi ‘gajah’ di pagi hari (takut terlepas Subuh ==!), kini sekali lagi, Kampung Warwick bakal dihidangkan dengan juadah yang sangat segar di pagi hari. Alhamdulillah. Sarapan pagi yang bakal menceriakan hidup anda dengan penuh riang ria! Oyeah oyeah! ┐(^.^┐)(┌^.^)┌ Kali ini lebih istimewa kerana ditaja dan dianjurkan oleh 56 Melbourne Road sendiri!

Nasi lemak? Tak. Roti canai kuah gulai tambah sayur campur sikit-sikit? Tak juga. Kuih cakoi atau ‘pak tong ko’ dalam loghat Kedah? Bukan. Bukan. Sebab ini lebih bermakna lagi!!

Peluang untuk anda bersarapan dengan Mawi!!!!!!!!!!!!!!!!

(Bukan Mawi ni ok! )

Taraaaaaaaaaaaa! *dush dish kelepek!* <–bunyi mercun masuk angin

(Bajet orang tak ‘scroll’ ke bawah dari awal =.=”)

Owh “Morning AT Warwick Everyday” aka M@WEE. Heh. InsyaAllah dengan pengisian yang mendidik jiwa melalui kupasan KITAB RIYADUS SOLEHIN, pagi anda akan lebih bermakna!🙂

Jumpa di ruang maya, insyaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s