[UBDSK] Coretan Exam-Season Special

Assalamualaikum wbt dan salam imtihan buat semua warga Kampung Warwick🙂

Alhamdulillah pada hari khamis lepas, pihak I.Luv.Warwick telah berjaya menganjurkan UBDSK-Exam Season Special yang merangkumi bacaan yassin, solat maghrib, isyak dan hajat secara berjemaah, pengisian rohani dan semestinya ‘sedikit kenduri’ alhamdulillah🙂. Kehadiran betul-betul di luar jangkaan kerana alhamdulillah 100 ++ orang telah hadir pada kali ini.

Di sini penulis sekadar nak berkongsi berkenaan pengisian yang telah disampaikan oleh Abang Jo, salah seorang tokoh Warwick yang tidak asing lagi dan insyaAllah bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Alhamdulillah, bertambah lagi seorang warga Warwick selepas ni. InsyaAllah. Ini juga bermaksud, kami para pelajar undergrad bakal dapat anak sedara!! ┐(^.^┐)(┌^.^)┌*ok excited terlebih*

Berbalik kepada cerita asal, pada malam tersebut pengisian berkisar tentang ‘Ilmu Dalam Islam’ di mana Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah. 

Abang Jo memulakan kuliah dengan mengupas ayat pertama Surah Al-Alaq iaitu “Iqra” yang membawa maksud “Bacalah!”. Menurut Abang Jo, ‘membaca’ merupakan salah satu kelebihan yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita semua kerana melalui membaca, kita kenal karakter dan ini membolehkan kita membaca al-Quran. Natijahnya, kita akan lebih kenal ‘Siapa kita?’ dan kita juga akan lebih ‘Mengenal Allah SWT’ atau istilah lain’Makrifatullah’. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Alaq yang bermaksud:

(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. 

Daripada ayat di atas jelaslah kepada kita yang bila mana kita dah mula membaca ayat ini, kita dapat tahu asal-usul kejadian kita sendiri. Subhanallah! Allah SWT bagi kelebihan untuk kita membaca supaya kita kenal siapa kita sebenarnya, yakni makhluk yang lemah tanpa kudrat dan iradat dariNya dan betapa Agungnya Allah SWT sebagai Al-Khaliq. 

Antara dalil lain yang Abang Jo bentangkan yang pada pandangan penulis sangat menarik adalah Surah An-Nahl, ayat 78, yakni Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.”

Ini menunjukkan lagi yang kita, manusia yang lemah dan hina ni bermula dengan zero. Tidak tahu sesuatu pun. Tetapi, Allah mengurniakan nikmat pancaindera kepada kita (pendengaran, penglihatan, akal fikiran) supaya kita dapat gunakan ke arah perkara yang bermanfaat sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan Allah SWT yang Maha Hebat ini. Sebagai contoh tentulah ‘menuntut ilmu yang bermanfaat’.  Kita mendengar pengajaran, kita membaca menggunakan penglihatan yang dikurniakan dan kita mengambil peperiksaan sebagai salah satu wasilah untuk melatih akal untuk berfikir dengan baik. Darjat seseorang manusia juga akan dinaikkan sekiranya dia berilmu.

“Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11) 

Bayangkan, kita dijadikan daripada air mani (yang hina) tetapi diangkat darjat sebegitu rupa sekiranya kita berilmu. Sebenarnya, perlu juga disedari ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 109) 

Abang Jo juga menggariskan beberapa ‘Etika Dalam Belajar’ oleh Ibnu Qayyim:

1) Perlu sentiasa bertanya dan jangan malu

2) Ketika belajar, seeloknya diam (jangan bercakap perkara tidak berfaedah atau bersembang-sembang kosong) 

3) Semasa belajar juga, sentiasa mendengar dengan baik

4) Mengajarkan ilmu yang diperolehi kepada orang lain

5) Jangan kedekut ilmu

6) Bertindak/beramal dengan ilmu yang telah dipelajari

Jadi marilah sama-sama menuntut ilmu dan menyebarkan kepada orang lain. InsyaAllah akan bermanfaat. Wallahualam ^^

One thought on “[UBDSK] Coretan Exam-Season Special

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s