[TAZKIRAH] Ilmu yang berkat? Nak!!!

NAK DAPAT ILMU YANG BANYAK DAN BERKAT???

Sempena dengan musim peperiksaan ini, ingin saya kongsikan sedikit pengetahuan tentang ‘petua mendapat ilmu yang banyak dan berkat’. Artikel ini diambil daripada Majalah Solusi.

  • Perkara paling penting yang perlu kita miliki sebelum,semasa dan selepas menuntut ILMU ialah NIAT YANG IKHLAS. Niat perlulah:
  1. Kerana Allah..bukan kerana duniawi.
  2. Niat belajar untuk mengeluarkan diri drpd kejahilan
  3. Niat untuk menyebarkan dan mengamalkan ilmu yang ada serta memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
  • Jauhi maksiat yang menggelapkn hati.
  • Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu itu tidak terhad di dlm kelas/perpustakaan, malah boleh ditimba di bilik, di rumah, pejabat, masjid, surau, seminar dan banyak lagi. Rasulullah SAW brsabda yang bermaksud:

” Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu menjumpainya, ambillah ia.” (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Musnad As-Syihab)

  • Sentiasa bersyukur dgn lisannya dan seluruh anggota badannya dan menyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah ALLAH
  • Sentiasa memohon hidayah daripada ALLAH dgn berdoa. Mohonlah moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati kita untuk menerima ilmu baru dan memahaminya.
  • Sentiasa memohon perlindungan Allah daripda sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu kerana ilmu itu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
  • Berusaha utk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
  • Tentukan masa ulangkaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
  • Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yg paling enak utk minda.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selamat menempuh peperikasaan.

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mempercukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan yang (dikehndaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.  (Al-Talaq: 3)


Wallahualam🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s