[Kitchen Tour!] Puffin Selera Westminster

Assalamualaikum dan Hi!

Buat pertama kalinya, I.Luv.Warwick ingin memperkenalkan satu lagi segmen mari belajar masak-masak iaitu [Kitchen Tour!] di mana kita akan lakukan terjahan dari dapur ke dapur rakyat Kampung Warwick. Misinya hanya satu: Mencedok resepi rahsia turun-temurun mereka dengan cara bersopan untuk dikongsi dengan para pembaca, terutamanya freshers (hehe). Maka, dapur pertama yang bertuah untuk dijadikan contoh tauladan kita semua disebabkan kekreatifan individu-individu di dapur itu telah terkenal seantero Warwick ialah dapur WESTMINSTER 13, dengan resepinya PUFFIN SELERA WESTMINSTER.  Nama penghuni: Yana, Fini, Intan, Kekla, Mek, dan Wazap.

Bahan-bahan Puffin:

  • muffin
  • mentega
  • susu segar
  • telur
  • gula garam
  • serbuk kayu manis

Cara-cara Membuat Puffin:

Mulakan dengan bismillah dan doakan semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberkati pekerjaan ini.

Hancurkan muffin secukup rasa dengan penuh kelembutan.

Masukkan susu segar, dan gaul hingga sebati.

Cairkan mentega di dalam microwave (kalau takde microwave, sila guna dapuq gas anda) ditambah telur dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi.

Gaul hingga hancur sebati, dan tambah gula, garam dan serbuk kayu manis sambil tersenyum manis.🙂

Setelah selesai, bakar di dalam oven. Ikutlah nak bakar lama mana, tapi pastikan tidak hangit.

Tarraa! Dah siap! Jangan lupa sebut ‘Alhamdulillah’ dan hias cantik-cantik sebelum makan, untuk menambah selera!

gambar Puffin dari jarak micro

gambar posing Puffin

Senang sahaja bukan? Tetapi akan jadi sangat susah kalau anda pemalaih!!

Sekian, jumpa lagi di dapur yang lain!🙂

p/s: alamak, Westminster tersilap eja. Tekan ‘s’ tak lepas. Harap maaf  T_T

One thought on “[Kitchen Tour!] Puffin Selera Westminster

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s