[WWF!] 5 Soalan Bersama Afiq Amin

Bagi mengelakkan Azjuek merasa famous sorang-sorang, kita akan teruskan lagi acara 5 soalan kita, kali ini bertemakan Makanan! Kami mendapat berita bahawa ada junior yang bakal datang sedikit risau tentang makanan di UK, Warwick khususnya. It’s a valid worry – food is important! Maka kita akan bersama Afiq Amin, yang mengikut khabarnya hebat membuat apam balik :O (dan pastinya banyak lagi). Apam balik fans, you’ll be fine in Warwick!

1. Pernah kelaparan tak kat Warwick?

Afiq: Alhamdulillah la.. selama hampir 10 bulan di Warwick, memang tak pernah lagi kelaparan. Makanan sememangnya melimpah ruah. Rasanya memang sangat mustahil untuk anda kelaparan melainkan sekiranya anda sendiri memilih untuk berlapar. Hal ini dibuktikan dengan statistik yg menunjukkan kenaikan berat badan secara mendadak kebanyakan para pelajar yang menuntut di University of Warwick ini. Hehe..

2. Senang tak nak dapat makanan halal di Warwick?

Afiq: Mencari makanan halal di UK ni memang la tak sesenang di Malaysia. Nak beli biskut atau coklat pon kena tengok label ‘suitable for vegetarian’ atau kena check ingredients dulu. Tak macam kat malaysia kan. Tapi, anda sangat bernasib baik sekiranya anda akan ke Warwick kerana makanan halal sememangnya bersepah-sepah kat sini. Samada di dalam atau di luar campus, memang banyak kedai-kedai yg jual makanan halal. Di campus, kita ada Costcutter yg menjual sandwich dan snek-snek lain yg halal. Ayam-ayam yang dijual di Bread & Oven dan Xanana juga adalah halal. Selain itu, di prayer hall juga ada menjual nasik2 berlauk ayam yg semestinya halal semasa waktu lunch. Tesco yang terletak berhampiran dangan campus dan dibuka 24 jam sehari turut menjual ayam, nugget, daging burger halal (yg belum dimasak). Selain itu, bekalan ayam dan daging halal juga boleh didapati di Coventry Market atau di kedai-kedai sekitar kawasan Foleshill.

3. Apa makanan malaysia paling exotic saudara boleh masak?

Afiq: Makanan yang paling exotic?? Errrrrmmm… Nasi ayam kira exotic tak? Haha… Sejak berada di warwick ni, memang dah banyak jugak la makanan-makanan yang saya dah tau masak, sebab saya sangat bernasib baik kerana telah ditempatkan di hall Westwood yg sama dengan 3 perempuan-perempuan melayu terakhir yang mmg cukup handal memasak. Macam-macam jenis makanan jugak la yg kitorang dah pernah masak antaranya ialah mee kari, tom yam, bihun sup, nasi lemak, ayam masak lemak cili padi + rebung, apam balik dan banyak lagi. Memang rasa macam ada kat Malaysia je time makan tu. Hehe.. Selain masakan2 malaysia, kitorang ada gak masak makanan2 orang putih ni, contohnya macam Yorkshire pudding, spaghetti bolognese, pizza, egg tart, brownies, baked pasta, chocolate cake, brownies, carrot cake dan lain-lain lagi. Fuuuhhhh… pendek kata, memang masa-masa terluang banyak dihabiskan dengan memasak dan makan je. Hahaha..

4. Mana lagi bagus, makan luar ke masak?

Afiq: Owh, benda ni bergantung pada diri masing-masing la. Ada orang memang suka masak sendiri dan ada yg prefer makan kat luar atau order delivery je. Bagi saya, masak sendiri lagi best sebab lebih menjimatkan dan boleh makan makanan2 yg memenuhi citarasa sendiri. Semasa di westwood, kami telah bersepakat untuk berkongsi makanan dan bergilir-gilir memasak untuk dinner. Memang terbukti lebih menjimatkan masa dan wang. Tapi kalau hari-hari makan makanan yg masak sendiri pon tak best gak kan. So, kadang-kadang tu (especially weekends) boleh la pergi lunch atau dinner di luar. Memang banyak kedai-kedai makanan halal di city centre Coventry ni, antara yang popular ialah Nando’s, Subway, Chicken Cottage, Cosmo dan MYO restaurant. Lebih banyak restaurant halal boleh didapati di sekitar kawasan Foleshill. Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari link ini untuk mendapatkan senarai sebahagian daripada restaurant2 halal yg ada di Coventry: http://www.zabihah.com/sp.php?k=type+%28optional%29&l=coventry .

Jika anda sudah bosan makan di Coventry atau inginkan kelainan, bolehlah menaiki train ke Birmingham (mengambil masa lbh kurang 20mins) untuk mendapatkan lebih banyak pilihan restaurant2 halal. Tapi, sekiranya anda malas untuk memasak dan juga malas untuk ke city centry, anda bolehlah membuat panggilan atau order delivery secara online. Kebanyakan restaurant yg ada menyediakan perkhidmatan home delivery ni adalah restaurant2 yg halal. Sila layari link ini untuk maklumat lanjut: http://www.just-eat.co.uk/area/cv4-coventry .

5. Pesanan buat incoming junior yang risaaau sangat pasal makanan di warwick?

Afiq: Kepada junior-junior yang akan datang ke warwick tahun ni, anda semua tak perlu la nak risau bab-bab makanan ni. Makanan yg halal memang banyak dan bersepah-sepah kat sini. Cuma kena pandai cari dan pilih je. InsyaAllah anda semua akan berbahagia dengan nikmat makanan halal yg melimpah ruah semasa berada di Warwick.

Terima kasih Afiq! (Dia telah dipaksa menjawab dengan panjang lebar)

Nota: interview telah berlansung sebelum bulan puasa.

Afiq juga boleh distalk di facebook beliau: Afiq Amin

3 thoughts on “[WWF!] 5 Soalan Bersama Afiq Amin

  1. salam..n hai to everyone..emm saya graduan yg sedang menganggur…saya bekas graduan di bidang seni kulinari..so saya berminat utk mengetahui peluang kerja terutama bhgn makanan halal di uk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s