[ACCOMODATION] Arthur Vick

Pengenalan

Terdapat 3 blok Arthur Vick (AV), AV1, AV2, dan AV3. Setiap blok mempunyai 3 tingkat. Salah satu dari AV ini mempunyai lif untuk kemudahan disabled person. AV ini hall yang paling mahal. Kalau 2009/2010, rentnya ialah £122 seminggu. Kalau anda rasa tak mampu, tak payah teruskan membaca. Hehe.

Di mana?

Kedudukan AV agak ‘ke dalam’ sedikit. Ini kerana untuk sampai ke AV, anda perlu melalui Jack Martin atau Tocil. (bulatan merah)

Untuk ke main campus (bulatan kuning) hanya mengambil masa paling lama 10 minit berjalan. Bagi penulis, 10 minit tu kira jalan dgn gaya ‘malas habis’ dah. Maka kalau lecture jam 9.00 pagi, anda keluarlah dari bilik jam 8.50 am. InsyaAllah akan sampai on time. Ke prayer hall (muslim) (bulatan coklat) pula kurang 10 minit. Kalau lalu shortcut redah rumput setinggi buku lali dan terrain yg tak berapa rata, adalah dalam 5 minit sahaja.

AV walaubagaimanapun berdekatan dgn Sport Centre (bulatan biru). Hanya 5 minit berjalan. Itupun kalau rajin nak bersukan, sebab leceh, kena book dulu. Tak boleh main suka hati.

Jarak dengan TESCO (luar peta) bagi penulis yang merupakan pelanggan tetap TESCO adalah agak jauh. Dalam 12-15 minit sampailah. Yang menyebabkan ianya rasa jauh adalah bila anda pulang dari TESCO dengan barang yang sarat di kedua belah tangan. Apalagi kalau hujan. Dengan TESCO inilah anda boleh shopping barang2 mentah seperti roti untuk sarapan, cereal, susu, bawang, ayam, beras, dan sebagainya. Pergi seminggu sekali cukup kot.

Dalaman

AV merupakan hall yang mewah. Anda masuk kali pertama anda boleh kata macam hotel. Hall ini biasanya dihuni oleh budak2 PETRONAS, yang mana accommodation mereka dibayar oleh pihak penaja. Rentnya adalah yang tertinggi berbanding yang lain, walaupun biliknya bukanlah yang terbesar sekali. Terdapat mini post room di dalam setiap blok AV. Kalau surat menyurat akan dihantar ke situ, manakala kalau barang2 Ebay, hanya sekeping kad akan dihantar, dan bawa kad tersebut ke main post room untuk diclaim.

Setiap bilik dalam AV mempunyai bathroom masing2 yang dilengkapi bath tub, sinki, dan jamban. Penulis mendapati kemudahan ini sangat berguna. Biliknya juga besar, boleh muat 3 orang dewasa untuk berbaring di lantai pada sesuatu masa. Bolehlah bergolek2 dan membuat senaman ringkas setiap pagi. Tapi kalau untuk menumpangkan kawan tidur semalaman, seorang cukuplah.

Kemudahan dalam bilik yang disediakan ialah almari yang besar (hanger kena bawa sendiri), rak buku yang panjang dan bertingkat sampai tak tahu nak letak apa, internet port (cable kena bawa sendiri), katil beserta duvet (selimut tebal), almari kecil, lampu meja, bakul sampah, oh, almari besar tadi ada 2 bahagian, lockable dan yang non lockable (mangga bawa sendiri), dan alas karpet. Softboard pun ada. Setiap bilik dipasangkan dengan alat pengesan asap. Bilik penulis ada penggera keselamatan (gila apa penggera letak dalam bilik). Tak surelah penggera ini dipasang setiap bilik ke tak.

Bilik-bilik anda juga akan dilawati oleh cleaner seminggu sekali, tengoklah hari apa, lebih kurang jam 9 pagi ke 1 tengahari. Nak malang sikit mungkin sampai ke jam 3 petang. Cleaner ni akan tolong buangkan sampah dalam dustbin anda, vakum karpet, lap tingkap, mop lantai bathroom, cuci jamban, dan lap sana sini sikit dalam bathroom tu dan menggantikan tisu tandas. Jadi kalau jenis yang bangun tidur lambat tu pandai2lah cover rambut serabai bila dia masuk (dia ada kunci!).

Kitchen

Setiap aras dalam AV ada beberapa shared kitchen (4 atau 5 rasanya). Setiap kitchen akan dikongsikan bersama 12 orang. Walaubagaimanapun, jangan imagine anda akan masak dan bersesak2 dengan flatmate yang lain. Ini kerana anda bukan nak masak setiap hari (kerana anda malas), dan begitu juga mereka yang lain. Lagipun, tak semestinya anda akan masak ketika mereka akan masak. Orang kata, penghuni AV ni anak orang kaya, justeru, mereka jarang memasak, hanya beli saja atau makan diluar. Takpun beli yg ready-made. Hanya tinggal nak masuk oven dan tunggu. Kitchen AV ini mempunyai 1 freezer dan 1 fridge. Almari menyimpan barang banyak, tapi kena cop cepat, untuk menjanjikan tempat yang strategik (biasanya dekat dengan stove, senang). Begitu bahagian masing2 (pandai2lah bahagikan dgn 12 orang) dalam fridge dan freezer. Kitchen AV juga menggunakan api untuk stove. Ini lebih mudah bagi penulis kerana cepat panas untuk memasak, dan mudah mengawal kepanasan, berbanding sesetengah hall lain yang menggunakan dapur plat.

Selain freezer dan fridge, di kitchen juga ada bread toaster, microwave, electric kettle, dan oven yang dilengkapi dengan tempat nak grill. Terpulanglah pada anda, kalau rasa malas nak berkongsi, toaster dan kettle boleh dibeli dengan harga kurang dari £5 setiap satu, letak dalam bilik masing2. Hehe.

Kitchen yang selalu bersepah. Nasib baik ada cleaner


Kitchen ini juga ada lounge, iaitu tempat melepak yang besar gajah. Justeru, ramailah mat saleh dan orang lain yang suka melepak di situ buat parti dan sebagainya. Tak mesti melepak dan makan sahaja, nak hebat lagi, ada sesetengah kitchen, lounge mereka ada diletakkan TV berpuluh inci tu, lengkap dengan pemain game dan CDnya. Bergantung pada flatmate yang anda dapat.

Lounge yang bersepah (mat saleh punya kerja)

Tahap kebisingan di AV boleh kira ok lah. Hanya mat saleh yang tak tidur malam, berlari2 di koridor dan menjerit2 (jarang) saja. Mat saleh biasanya berparti di tempat lain. Apalagi anda akan mendapat jaminan dari warden utk mereport sesiapa yg membuat bising dgn keterlaluan. Ah, diorang ni peduli apa.

Koridor

Cuti

AV merupakan salah satu hall yang 30 weeks, iaitu kena keluar masa cuti winter dan easter. Maka, perlu diingatlah tak payah nak hias bilik semahu2nya dan penuhkan tub mandi anda dgn pelbagai syampu dan losyen macam nak buka kedai. Bila sampai masa untuk dikosongkan, bilik anda perlulah dikosongkan sepertimana anda datang dulu, begitu juga segala khazanah anda di dapur. Namun begitu, jangan takut. Alternatif tempat tinggal ialah rumah sewa kawan di luar kampus atau bilik2 hall lain yang penghuninya balik ke Malaysia atau yang ingin biliknya disewakan. Barang2 anda juga boleh disimpan di bahagian almari yang lockable (mangga sendiri) tadi atau tumpang bilik kawan yang berdekatan. Selamat punya, takde hal lah. Cuma perasaan segan je yang menghantui (kalau ada) sebab menumpang. Hehe. Leceh jugaklah, nak kemas barang dan sebagainya.

Oh, sebelum terlupa. AV ada laundry room dalam bloknya sendiri dgn kadar sama rata £2 utk basuh dan £1 utk keringkan. Senang jugak, tak payah keluar blok (sejuk) untuk basuh baju. Kalau tertinggal sabun ke, tak cukup coins ke senang nak balik ambil.

Kesimpulannya, AV memang best, cuma the fact yang kena keluar masa cuti.

pemandangan luar blok semasa winter

ingatkan orang Malaysia je excited dgn snow

autumn

Sekian (:

Disediakan oleh,

Muhammad Nur Iman Mohammad Fadzil

1st year Accounting and Finance

3 thoughts on “[ACCOMODATION] Arthur Vick

  1. erk.. Ana tgh terbayang.. Kalau perempuan yang duduk.. Then, tiba2 je cleaner tu masuk.. X safe nye!!!!! Ke boleh letak tanda room service not needed?? Haha..

    Iman, jgn segan2 datang tocil yang jerit dari bilik ana dah boleh dengar kat bilik anta.. Hoho..

  2. Ok pun. I stayed in AV2 masa first year. Alhamdulillah takde masalah. Cleaners selalunya ketuk dulu. Fortunately my hall cleaner slalu dtg clean masa we all kluar lectures.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s