[CAMPUS LIFE!] Gibbet Hill Campus, Tidak Terbuang Dan Tetap Gemilang

Gibbet Hill Campus ,tidak terbuang dan tetap gemilang.

Abstrak

Gibbet Hill adalah salah satu kampus bagi University of Warwick.Penghinaan yang selalu di perkatakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Warwick adalah dengan mengatakan bahawa,Gibbet Hill merupakan  sebuah Universiti lain dengan mengatakan kami belajar di University of Gibbet Hill.Sejauh manakah benaran kata-kata ini.Ikuti luahan hati seorang pelajar tahun satu Biological Sciences .

Kedudukan Gibbet Hill.

Gibbet Hill Campus terletak di bahagian selatan University of Warwick.Jauhnya lebih kurang satu batu daripada Main Campus dan mengambil masa 15 minit jika berjalan kaki.Jika dari Westwood,ia mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Jauh jugak berjalan…..

Tetapi disebalik kejauhan campus ini,ia mempunyai banyak kelebihan.

1.Anda dapat bersenam setiap hari dengan pergi ke kulliyah sahaja.

2.Anda dapat merasai keindahan alam ciptaan Ilahi.Akan jumpa,padang,tasik,hutan dan juga tasik.

3.Anda dapat berjumpa dengan pelbagai jenis binatang cnthnya,Itik,Tupai dan kalo bernasib baik Arnab yang sangat cute lagi comel

4.Ketenangan yang super….jauh dari hiruk pikuk main campus yang sibuk itu.(haha)

Jalan keluar dari Gibbet Hill semasa musim luruh

Laluan mendaki ke Gibbet Hill (main campus x dapat)

Anda akan melalui Tocil Wood,hutan kecil yang memisahkan antara Main Campus dengan Gibbet Hill.Sekarang waktu summer ader bunga kaler ungu membentangi kawasan bawah hutan itu.

Tocil Wood ketika winter.Macam dalam cerita The Chronicles of Narnia

Department of Biological Sciences dan Warwick Medical School

Gibbet Hill Cafe

Gibbet Hill campus adalah teletaknya dua buah Fakulti bagi Universiti of Warwick,Biological Sciences dan Medical School.Di sini juga terletaknya BioMed Grid,satu perpustakaan pintar bagi Pelajar Biological Sciences,perpustakaan bagi pelajar pHd,Michaeal Hewitt Library rasenye(tapi macam salah eja)  dan Medical School.Di sini juga Quinton Hazell Research Wing dan Wolfson Wing bagi BioMedical Research Institute.Gibbet Hill juga mempunyai cafe iaitu Gibbet Hill Cafe menyediakan makanan berbayar kepada student dan staff yang lapar. Penulis hanya pernah makan skali jer di sini.

Gibbet Hill Cafe

GLT 1

Mempunyai satu dewan kuliyyah yang gile besar bagi pelajar Biologi.Majoriti masa first year biological sciences,memang banyak menghabiskan masa di dalam dewan kulliyah yang mempunyai seat kaler merah hati itu.Banyak jugak dewan-dewan kuliyyah atau bilik kuliyyah yang bakal digunakan masa tahun dua dan tiga nnt.Kat Gibbet Hill banyak  lab –lab di mana mereka sedang buat kajian dan mempunyai 3 lab untuk tujuan mengajar atau teaching lab iaitu lab yang di gunakan nnt masa hari ader experiment.

Biological Sciences Degree

Kenapa saya pilih Warwick?.Salah satu sebab utama adalah kerana ia menawarkan option yang sangat luas dan mantop2 semuanya.Ketika aritkel ini ditulis saya baru sahaja memilih module untuk tahun dua dan saya juga memilih untuk membuat kepakaran didalam bidang apa.Ini adalah kepakaran di dalam degree yang ada ditawarkan:

  • Biological Sciences
  • Biological Sciences (Molecular Genetics)
  • Biological Sciences (Cell Biology)
  • Biological Sciences (Microbiology)
  • Biological Sciences (Virology)
  • Biological Sciences (Environmental Resources)

Selain itu terdapat berberapa degree sains yang lain turut ditawarkan.Seperti berikut:

  • Biochemistry
  • Biomedical Science
  • Microbiology/Virology
  • Medical Microbiology/Virology
  • Virology

Antara Pilihan option yang luas semasa 2nd Year

  • Protein Structure and Function;
  • Ecological Principles and Processes;
  • Environmental Health Microbiology;
  • Bacterial Pathogens and their Environment;
  • Bacterial Diversity and Metabolism;
  • Clinical Microbiology;
  • Molecular Genetics;
  • Medical Microbiology;
  • Eukaryotic Microbial Pathogens;
  • Cell Signalling; Biological Oceanography;
  • Medical Virology;
  • Virus-Host Relationships;
  • Virus Replication;
  • Antibiotics and Chemotherapy;
  • Molecular Endocrinology;
  • Transgenic Technology and its Application
  • Pharmacolgy
  • Dan lain2

Semasa 3rd year

  • Development;
  • Infectious Diseases and Health;
  • Environmental Science and Management;
  • Bacterial Pathogenicity;
  • Biological Clocks;
  • Advanced Immunology;
  • Oncology;
  • Vaccination and Gene Therapy;
  • Exploiting Innovation in Biology;
  • Protein Targeting;
  • Integrative Neurosciences;
  • Clinical Pharmacology;
  • Science Communication;
  • Post Genomic Research
  • Options from other departments.

Pada mulai sesi 2009-2010,Department of Biological Sciences akan dinaiktaraf menjadi School of the Life Sciences dengan bergabung dengan Warwick HRI dan Center of Biology System.Ini akan memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar oleh kerana lebih banyak module option dan kepakaran boleh lagi dipelajari dari pengabungan dengan dua deparment ini.

Pengalaman dan Tips2 hidup di Gibbet Hill Campus.

1.Bertanyalah kepada senior Gibbet Hill manakah jalan yang betul untuk ke Gibbet Hill.Kalau salah boleh sesat dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke Gibbet Hill.

2.Kehidupan di Gibbet Hill tidak akan melebihi jam 5 petang.Tidak seperti fakulti lain mempunyai kelas yang kadang-kadang sampai jam pukul 7.

3.Jalan masuk dan keluar ke Gibbet Hill mempunyai ciri –ciri keselamatan yang unggul dan mantap.Jika ada kecemasan,cepat-cepatlah lari ke tiang2 yang berwarna biru seperti di bawah.

4.Jika hendak memilih kediaman di university,bagi pelajar Biological Sciences,saya mengesyorkan supaya anda memilih hall yang dekat.Seperti contoh:

  • Rootes(rumah setinggan,tapi paling dekat dengan Gibbet Hill)10mins
  • Benefactors(dekat jugaks)12mins
  • Whitefields(dekat dengan Costcutter)13mins
  • Arthur Vick(mahal sedikit)15mins
  • Jack Martin(mahal)14mins
  • Tocil(Hall saya,best tau!)16mins
  • Claycroft(jauh sedikit,tetapi dekat dengan tesco)18 mins

Hall yang nak duduk boleh tapi tak disyorkan

  • Haronbank(Jauh sedikit ,tapi akak Milo duduk sini okay jer)20-25mins
  • Lakeside(Jauh jugak,tapi akak Yani dulu duk sini mase first year)20-25mins
  • Westwood(paling jauh)30-35mins(Lab partner Najib duduk sini)

5.Kehidupan sebagai pelajar Biological Sciences memang sangat banyak kerja sedikit…Tapi Insyaallah boleh jer ader life.

Jadual contoh semingguan pelajar Bio yang paling sibuk.

Isnin:Tutorial pastu ader kelas dalam dua jam.

Selasa:Hari paling paling banyak kelas kot.4 jam.10-12 dan 2-4

Rabu:Kadang-kadang ader Workshop.Hantar Lab report.

Khamis:Lab Preparation

Jumaat:Lab

6.Lab coat,bawaklah Malaysia…huhu.Boleh jer beli dekat sini.Tapi tak sure kat mana.

7.Pesan yang penulis baru dapat masa dekat-dekat nak periksa.Studylah awal2,jangan study lewat(due bulan sebelum exam pon kire lewat)sbb banyak giler nak cover sampai boleh jadi giler sepanjang masa nak cover semua syllabus.

8.Banyak bersabar sepanjang tahun.Tutorial,Lab Report,Test,Quiz,Lab(ulang perkataan ini setiap minggu).Nanti korang akan immune semue ini dan akan merindukan kesibukan tersebut.

Random Picture

Poster Agents of Infectious Diesease penulis.Inilah lab tempat penulis membuat experiment.

Skrin di dalam GLT 1

Akak Milo dan Abang Najib

Kesimpulan dan Perbincangan

Mehla datang ke Warwick jike anda suke!

Penulis bersama Signboard Department yang tersayang.

Salam dari bukit,

Muhammad Hafizuddin Kamarudin

1st Year Biological Sciences(Microbiology)

University of Warwick

CV4 7AL

Coventry

United Kingdom

Post ini ditulis setahun yang lepas,terlupa untuk mengupload dalam blog pada tahun lepas…Harap Maklum( Jika ada gaya penulisan kurang matang jangan lah gelak…hehe)

5 thoughts on “[CAMPUS LIFE!] Gibbet Hill Campus, Tidak Terbuang Dan Tetap Gemilang

  1. Salam wbt

    Pelajar Bio di Warwick nampak sangat sangat sibuk kerana kesibukan itu dinilai dari sudut relatif.

    Di Warwick, pelajar Accounting and Finance dan Engineering terutamanya, mempunyai jadual yang amat tidak padat; maka apabila pelajar Bio dibandingkan dengan pelajar Acc & Fin, mereka akan kelihatan super duper sibuk.

    Tapi untuk lebih adil, kalau dibandingkan dengan pelajar Bio di Universiti lain ataupun pelajar Medic sendiri, kesibukan pelajar Bio adalah lebih kurang sama sahaja.

    Jadi, janganlah jadikan cerita-cerita kesibukan pelajar Bio di Warwick sebagai pemati semangat untuk anda memilih Warwick sebagai destinasi pengajian.

    Hayati nasihat-nasihat abang PoChomAura di atas. Buatlah pilihan yang terbaek!

    Salam dari Istana Kaca,
    Akmal

  2. salam..

    Auwwww!!Po, comel betul post nih!Akak dh nak grad tak sampai2 lagi Gibbet Hill.Sejak sesat masa 1st yr, terus tak berani nak g dah…Po, sebelum balik Malaysia bawak akak g Gibbet Hill ek.Haritu berangan nak try pegi lagi tapi tak confident akan sampai.Haha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s