[KURSUS KAHWIN!] Kursus Pra-perkahwinan: Warwick 2010 Telah Berlangsung!

Peserta kursus! Bukan jumlah sebenar.

Warwick yang memang terkenal dengan nasi lemak, murtabak dan pelbagai jenis makanan eksotik dan orang-orangnya pula amatlah peramah lagi mesra pengguna telah mengadakan buat julung kalinya Kursus Pra-perkahwinan yang menghimpunkan uda dan dara (bukan nama orang) dari segenap pelusuk UK. Kursus ini dianjurkan oleh I.luv.warwick dengan kerjasama Malaysian Student Department, Malaysian Coventry Society (MCS) dan Warwick Malaysian Students Association.

Dengan promosi yang mencapai tahap tak hengat dunia, yang telah dilancarkan oleh Encik Akmal Amri dan bala tenteranya, telah menarik perhatian seramai 52 orang peserta untuk menyertai kursus ini. Ada aduan dari pengguna Facebook (medium yang menjadi mangsa utama angkatan promosi), yang menyatakan bahawa hidup mereka yang tenang selama ini telah diganggu gugat dengan kehadiran promosi yang super duper besar ini. Maaf kami pohon kepada mereka yang tido tidak lena, mandi tidak basah, makan tidak kenyang dengan kehadiran iklan-iklan ini. InsyaAllah kalau tiada halangan, lain kali kami buat lagi. Heh. Macam mana pun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah mempromosikan kursus ini. Give them a big applause (clap clap) Yeayy!!

Twittersaurus tekun memberi update kursus*

Ustaz metropolitan*

Kursus selama 2 hari ini telah disampaikan oleh seorang ustaz yang tidak kurang terkenalnya yang didatangkan khas dari kota metropolitan London, Ustaz Erfino Johari. Dengan cara penyampaiannya yang bersahaja, telah berjaya menarik perhatian para peserta sekaligus mengurangkan kadar peserta yang tertidur lena sepanjang kursus berjalan. Rekod juga mengesahkan bahawa tiada kes dengkuran berlaku sepanjang kursus. Alhamdulillah. Antara tajuk penyampaian ialah apa itu perkahwinan dalam Islam, hak dan tanggungjawab seorang isteri atau suami dan cara mencari jodoh yang dianjurkan dalam Islam (sapa kata org yang dah ada jodoh je datang kursus kawin). Antara slot yang menarik ialah slot kajian kes. Dalam slot ini pelbagai kes dalam perkahwinan telah dibentangkan dan setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari jawapan kepada setiap kes. Pelbagai jawapan dalam pelbagai loghat bahasa melayu (terutamanya Kelantan dan Kedah) telah dibentangkan dalam sesi ini. Kepelbagaian loghat ini telah menyebabkan peserta dari Brunei tidak dapat memahami walau sepatah perkataan yang digunakan. Masalah ini dapat diselesaikan dengan kehadiran beberapa orang penterjemah khas.

Terima kasih Ustaz Erfino! (so long, farewell😀 )

sesi kajian kes*

Secara keseluruhan, kursus ini telah mendapat komen-komen yang positif dari peserta. Banyak ilmu yang telah disampaikan oleh ustaz yang sememangnya mempunyai banyak pengalaman. Harapan kami agar selepas ini akan adalah beberapa orang peserta ataupun kalau boleh semuanya akan mula merancang untuk berkahwin dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa setahun ataupun 2 tahun selepas ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri kursus ini. Kalau tiada peserta, tiadalah program ini. Takkan AJK teknikal je kot hadir. Tu syok sendiri namanya.

Yang melaporkan,

Aku (wartawan rahsia ilw)

*photo credit: ‘Adlan Hashim, dari album facebook beliau. Much thanks for the amazing photos!

15 thoughts on “[KURSUS KAHWIN!] Kursus Pra-perkahwinan: Warwick 2010 Telah Berlangsung!

  1. haih. gambarku tiada tapiku masih gembira ria. =) terima kasih penulis! dan iLOOOOVE WARWICK!

  2. Salam. thanks warwick-ians for organizing this event. wpon kehadiran yg last minit sungguh, ampun maaf dipinta sgt2 kepada ajk2 yg berasa terganggu. mmg keputusan yg tepat lpas tamat kursus ni. biarlah mulut orang berbicara mempersoalkan kite(perserta2 kursus) dah nak kawen ke, tarikh bile n apa2 jela, asalkan kite dapat apa kite hendakkan, itu yang penting.

    big thanks for you guys, great job!

  3. betui tu lili. lili kan suka bab2 surprise ni. macam ustaz kata,

    “element of surprise is important in marriage!”

    jangan serik datang lagi ok!

  4. kata2 mu akmal. AMIIIIIN…..

    kpd h bukan nama sebenar, bajet aku xtaw ko ni sape je. (haa.. hamek ko pakai aku kau je) inshaAllah akan ada unsur2 surprise dalam rumah tanggaku nnt… tu pon kalau suami bukan jenis senang mengelabah kalo ak tibe muncul bende pelik2. kalo x, tersimpan la bakat menyeprise orang ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s