[KURSUS KAHWIN!] Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010

Assalamualaikum Saudara/Saudari,

Merujuk perkara di atas, kami berbesar hati ingin memanjangkan jemputan bagi Kursus Pra-perkahwinan: Warwick 2010. Maklumat kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh            : 1 & 2 Mei 2010 (Sabtu dan Ahad)

Penceramah  : Ustaz Mohd Erfino Johari; Education Attache, Malaysian Student Department (MSD) UK & Eire

Tempat          : The University of Warwick, Coventry, CV4 7AL.

2. Sebagai penjelasan awal kepada semua peserta, berikut adalah pesanan dari penceramah program berkaitan sijil yang akan diperoleh selepas program:

MSD bukanlah badan yang dilantik oleh mana-mana negeri atau jabatan agama di Malaysia sebagai wakil mereka bagi melaksanakan kursus ini. Kerana itu, tiada sebarang implikasi bayaran dikenakan. Ianya dianjurkan atas kapasiti perkongsian disiplin ilmu fardhu Ain yang mesti diketahui semua. Berbeza dengan situasi dan penganjuran di Malaysia, kursus ini walaupun menggunakan sukatan dan modul yang sama, bukanlah merupakan satu proses pengiktirafan dan kelayakan untuk berkahwin. Ianya adalah terpulang kepada budi bicara mana-mana negeri atau jabatan agama samada untuk menerima atau menolaknya. Jadi, tiada sebarang jaminan yang sijil ini akan diiktiraf oleh mana-mana negeri. Kursus ini hanya inisiatif MSD untuk menyalurkan maklumat agama kepada pelajar, sama seperti maklumat disiplin ilmu yang lain seperti aqidah, ibadah dan sebagainya.

Adalah concern utama beliau agar peserta maklum akan hal ini sebelum mendaftar bagi mengelakkan penglibatan peserta yang berorientasikan pemerolehan sijil semata-mata, dan bakal menimbulkan masalah di masa akan datang dari segi kelayakan sijil.

3. Pendaftaran program belum boleh dibuat. Bagi penempatan para peserta, tiada penempatan formal disediakan, namun pihak kami akan membantu peserta yang memerlukan penempatan bagi keselesaan semua.

Nantikan kemas kini maklumat di sini.

Anda juga dijemput melayari weblog kami bagi perkembangan terkini program: www.iluvwarwick.wordpress.com

Dan Facebook page kami: iluvwarwick@FB

4. Justeru, besar harapan kami agar jemputan ini dapat dihebahkan kepada para pelajar Malaysia di universiti saudara/saudari. Semoga program ini dapat memberi manfaat untuk semua.

Allahu’alam.

Terima kasih.

*walau tiada implikasi bayaran dari pihak MSD, kerana sebab-sebab kos perjalanan program, terutamanya makanan, kami akan kemas kini  bayaran yang akan dikenakan. Terima kasih.
—————————————————————————————————————————————————————————————-

Assalamualaikum,

Dear sir/madam,

With regards to the matter above, we warmly invite you to Pre-marriage Course: Warwick 2010 (Official name: Kursus Pra-perkahwinan: Warwick 2010). The details of the course are as follows:

Date : 1 & 2 May 2010 (Saturday and Sunday)

Speaker : Ustaz Mohd Erfino Johari; Education Attache; Malaysian Student Department (MSD) UK & Eire

Venue : The University of Warwick, Coventry, CV4 7AL

2. As a disclaimer, we would like to highlight the following message from the speaker, regarding the acknowledgement of the program certificate:

MSD bukanlah badan yang dilantik oleh mana-mana negeri atau jabatan agama di Malaysia sebagai wakil mereka bagi melaksanakan kursus ini. Kerana itu, tiada sebarang implikasi bayaran dikenakan. Ianya dianjurkan atas kapasiti perkongsian disiplin ilmu fardhu Ain yang mesti diketahui semua. Berbeza dengan situasi dan penganjuran di Malaysia, kursus ini walaupun menggunakan sukatan dan modul yang sama, bukanlah merupakan satu proses pengiktirafan dan kelayakan untuk berkahwin. Ianya adalah terpulang kepada budi bicara mana-mana negeri atau jabatan agama samada untuk menerima atau menolaknya. Jadi, tiada sebarang jaminan yang sijil ini akan diiktiraf oleh mana-mana negeri. Kursus ini hanya inisiatif MSD untuk menyalurkan maklumat agama kepada pelajar, sama seperti maklumat disiplin ilmu yang lain seperti aqidah, ibadah dan sebagainya.

It is his wish that the participants are made aware of the above before enrolling in order to avoid enrollments based solely on obtaining the certificate.

3. Registration is not opened yet. No formal accommodation will be provided, however we will do our best to aid those participants who need accommodation, in the interest of providing comfort to everyone. WATCH THIS SPACE.

Feel free to visit our weblog for further updates on the event: www.iluvwarwick.wordpress.com

And our facebook page: iluvwarwick@FB

4. It is our humble hope that this invitation can be forwarded to Malaysian students in your university. May this event benefit us all. Thank you in advance.

Allahu’alam.

Thank you.

*though the course itself is free of charge, because of the running cost of the program, especially on food, we will update on the fee to be charged. Thank you.

2 thoughts on “[KURSUS KAHWIN!] Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s