[Posto!] Warwick menggegar NISE?

Ahad, 20 Februari – Terkini! Sensasi! Bukan ilusi! Atau cerita basi! Ok. Cukup. Warwick hari ini mencatat sejarah kerana julung-julung kalinya telah menghantar pasukan nasyid wanita ke pertandingan Nisa’ Nasheed Extravaganza (NISE) yang dianjurkan oleh Leeds University Malaysian Society! Ini sekaligus mengundang debaran dan pertanyaan yang berpusu-pusu di hati peserta dari kawasan lain, sama ada bisakah ‘team’ Miftahul Munawwarah Warwick (M2W) ini menggegar NISE? Dengan tema ‘Jom Menang’ dan cantik berpakaian batik ‘Qlate’ berwarna hijau (tema yang disyaratkan oleh pihak penganjur), kumpulan yang dianggotai oleh 9 orang pelajar tahun pertama jurusan TESL ini telah  membawakan dua buah lagu iaitu satu lagu yang telah ditetapkan oleh pihak NISE iaitu ‘Ratu Syahadah’ dan satu lagu pilihan – sebuah lagu Inggeris bertajuk ‘Mama’.
Gelagat penyokong yang pelbagai saiz tidak kurang ‘dahsyatnya’. Mungkin lebih dahsyat dari peserta kerana pihak kami menerima laporan yang ada penyokong yang kehilangan suaranya hanya kerana ‘menyokong’ dan semestinya penyokong itu dari Warwick! Laungan ‘Go M2W! Go Warwick! bergema di dewan tersebut. Ini yang kita mahu! Mungkin pihak penganjur tertinggal satu kategori iaitu Anugerah Penyokong Terbaik. Jika ada, kemungkinan pihak Warwick bakal membolotnya kerana menjadi satu-satunya universiti yang menyediakan ‘banner’ untuk kumpulan dan ‘mengusungnya’ ke hulu ke hilir hatta dari Cannon Park sehinggalah sampai ke Leeds!
Walaupun tidak memperoleh mana-mana tempat, pasukan ini masih tersenyum kerana tetap pulang dengan ‘hamper’ saguhati dan bagi mereka ini bukanlah satu kekalahan tetapi hanyalah kejayaan yang tertangguh. Warwick tetap menggegar NISE!

One thought on “[Posto!] Warwick menggegar NISE?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s