[CAMPUS LIFE!] Academics in Warwick

Artikel ini akan menjelaskan jadual dan sistem akademik di University of Warwick.

Sistem Akademik

Subjek-subjek yang dipelajari di Warwick dipanggil sebagai Modul.

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Warwick secara asasnya terbahagi kepada dua iaitu lecture dan seminar. Bagi modul-modul sains, terdapat juga sessi lab di mana para pelajar akan melakukan eksperimen-eksperimen tertentu.

Lecture kebiasaannya dihadiri oleh ratusan pelajar dan mengambil masa sejam, serta diadakan 2 kali seminggu. Namun, ada sesetengah modul yang lecturenya 3 jam seminggu; semua ini bergantung kepada lecturer sendiri. Selain itu, ada juga sesetengah lecture yang hanya melibatkan sebilangan kecil pelajar i.e. tidak melebihi 100 orang ataupun kurang daripada 50 orang. Hal ini kerana bilangan pelajar yang mengambil modul tersebut adalah sangat kecil.

Ramphal Lecture Theatre

Ramphal Lecture Theatre

Bilik lecture untuk saiz kelas yang kecil - S0.21

Bilik lecture untuk saiz kelas yang kecil - S0.21

Seminar pula ialah satu slot di mana pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil (bersaiz 10-15 orang) dan akan membincangkan soalan-soalan daripada lecture yang telah disampaikan.  Seminar biasanya mengambil masa sejam dan diadakan sekali seminggu.

Jadual Akademik

Basically, tempoh penuh pengajian Undergraduate di Warwick ialah selama 30 minggu. 30 minggu ini dibahagikan kepada 3 term dan setiap term adalah selama 10 minggu. Di antara setiap term, akan ada 2 cuti iaitu Winter Break dan Easter Break yang masing-masing adalah selama 4 dan 5 minggu.

Ringkasnya,

Term 1 (10 minggu)

Winter Break (4 minggu)

Term 2 (10 minggu)

Easter Break (5 minggu)

Term 3 (10 minggu)

Term 1 dan Term 2 kebiasaannya adalah tempoh di mana para pelajar akan menghadiri lecture, seminar dan lab. Manakala Term 3 akan memfokuskan kepada final exam, di mana modul-modul yang dipelajari semasa Term 1 dan Term 2 akan diuji. Namun, terdapat juga pengecualian bagi beberapa modul, terutamanya modul yang mempunyai credit hour ataupun CATS (penerangan akan diberi di bawah); di mana lecture tetap diadakan semasa awal Term 3.

Semasa Term 3, telah menjadi amalan untuk pihak universiti menjadualkan peperiksaan para pelajar tahun akhir di awal term (e.g. Week 1-4) kemudian diikuti dengan pelajar tahun satu. Pelajar tahun kedua selalunya akan menjadi kumpulan yang paling lambat selesai peperiksaan. Namun, tiada peperiksaan yang diadakan semasa Week 10 kerana memberi masa kepada pihak universiti untuk menyiapkan result. Keputusan akan diumumkan semasa Week 10 melalui ‘pass list’ yang akan ditampal di lobi University House, slip yang boleh diambil daripada Tutor masing-masing serta website department masing-masing.

Warwick selalunya menjadi universiti yang paling lambat habis exam. Tahun lepas, sebaik sahaja kami selesai exam,  kami telah mengadakan roadtrip ke Manchester dan Liverpool. Namun, disebabkan kawan-kawan lain di universiti tersebut telah lama selesai exam dan telah pulang ke Malaysia, maka kami tidak dapat untuk bermalam di sana. Nasib baiklah York University habis exam agak lewat juga, maka dapatlah kami menumpang di sana, sebelum menambah agenda ‘Fruit Picking’ di dalam itinerary perjalanan.

CATS

Credit Accumulation and Transfer Scheme (CATS) merupakan sistem kredit yang diguna pakai di Warwick. Untuk mendapatkan Honours Degree, pelajar perlu mengambil 360 CATS dalam masa 3 tahun. Jadi, setiap tahun pelajar diwajibkan untuk mengambil minimum sebanyak 120 CATS. Namun, ramai juga yang mengambil CATS lebih daripada 120, sebagai langkah keselamatan sekiranya ada modul yang terlalu susah, maka mereka boleh gantikannya dengan modul lain.

Modul-modul diberikan pemberat seperti 12 CATS, 15 CATS, 24 CATS dan 30 CATS. Secara kasar, jumlah pemberat yang diletakkan menggambarkan magnitud modul itu sendiri dari segi kandungan modul, tempoh masa pembelajaran dan juga format peperiksaan.

Contohnya, modul 12 CATS akan mengambil masa 10 minggu dan mempunyai peperiksaan 2 jam. Bagi modul 24 atau 30 CATS, modul tersebut akan diajar dalam kedua-dua Term 1 dan Term 2, malah ada juga yang mengambil masa sehingga Term 3. Peperiksaan bagi modul tersebut akan mengambil masa 3 jam, dan selalunya akan diadakan juga class test serta essay assignment.

Disediakan oleh,

Mohd Akmal bin Amri

2nd Year

BSC Accounting and Finance

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s