[ACCOMMODATION] Westwood

– Salah satu hall yang paling tua di university ini, dibina sekitar 70ans. Westwood, sebagaimana namanya, adalah terbina daripada kayu, oh well, bukanlah kayu sahaja, separuh lagi  bukan kayu, ya’ni menggunakan batu bata.

-Westwood adalah dewan penginapan paling unik (selain prayer hall, of course😉 ) kerana Westwood Halls ada banyak dan setiap satu mempunyai nama yang tersendiri iaitu ; Bericote, C tu tak ingat ape, Dunsmere, Emscote, Foxley kot, G pon tak ingat, Hampstede (oh pendek kata bermula dari huruf B-H..maafla saudari penulis adalah sedang sibuk menghafal untuk peperiksaan, benda2 kurang penting telah lupus dari ingatan.

Tengok sendiri la nama Hall kat sini

Tengok sendiri la nama Hall kat sini

-Hall di Westwood adalah tidak sama seperti hall lain. Ianya adalah tiga tingkat-Ground Floor, 1st Floor dan 2nd Floor. Setiap tingkat mempunyai sebanyak 18 buah bilik. Tandas terdapat di hujung setiap tingkat-mempunyai 3 bath tubs yang besar lagi menarik, 2 mangkuk tandas  sahaja dan 1 kawasan washbasin. Setiap bilik juga mempunyai washbasin dan seperti yang terdapat di website Warwick Accommodation. Jadi, tiada masalah setakat nak ambik wudhu’ bolehla dilakukan di bilik sendiri.

– Juga, di Westwood terdapat hanya satu hall yang warden nya adalah orang Islam, iaitu tempat penulis tinggal dahulu, iaitu Emscote Hall. Emscote Hall jika tidak salah penulis adalah the only Westwood hall which has single sex floor (2nd floor). Isteri inche warden juga adalah sangat terbaik dan menyayangi orang Malaysia. Insya Allah, jika ada rezeki, makanan Pakistan pasti diberi, juga hadiah semasa balik Malaysia ketika cuti musim panas.

Bersama Warden Muslim

Bersama Muslim Warden

Kebaikan duduk di Westwood :-

– Bilik di Westwood juga adalah salah satu bilik terbesar di university, keluasannye lebih kurang 1master bedroom di Malaysia.

Oleh sebab penulis tidak memberikan gambar di dalam bilik, maka kemungkinan bilik di Westwood sebesar inilah gamaknya

Oleh sebab penulis tidak memberikan gambar di dalam bilik, maka kemungkinan bilik di Westwood sebesar inilah gamaknya

Ini disebabkan Westwood pernah menjadi bilik kongsi untuk 2orang pelajar. Kalau tetamu datang dan semuanya bersaiz sederhana, insya Allah muat tidur seramai 10 orang;) Juga, bilik yang besar ini memudahkan untuk menghias dan melakukan senaman ringkas seperti yoga mahupun skipping mahupun tarian asli.

Sarah membuat Yoga di dalam bilik Westwood

Sarah membuat Yoga di dalam bilik Westwood

– Sewa di Westwood adalah salah satu yang paling murah di kampus. Ini mungkin disebabkan oleh factor lokasi (yang mana jauh mengikut kata separuh orang Warwick yang tidak suka bersenam secara berjalan kaki) dan juga faktor bilik yang tidak seselamat bilik2 di kediaman lain. Kebanyakan yang tinggal di sini adalah pelajar2 golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah (namun begitu, penulis berasakan bahawa dirinya adalah berpendapatan sederhana tinggi;)

Beza antara penulis dan penduduk Westwood yang lain

Beza antara penulis dan penduduk Westwood yang lain

– Seperti yang telah dinyatakan, Westwood banyak didiami oleh pelajar dari berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Diantara mereka adalah terdiri daripada pelajar2 tempatan-samada berkulit putih, coklat mahupun gelap (hitam adalah perkataan yang terpaksa dicensor kan demi menjaga keselamatan sejagat).

Penulis secara individu merasakan adalah terbaik mendapat hall ini kerana sekurang2 nya peluang untuk beramah mesra dan berdakwah adalah lebih tinggi. Mengikut pengalaman saya, adalah menarik sebenarnya berbual dengan mereka. Penulis pernah ditanya beberapa kali soalan2 tipikal seperti “ Do you feel oppressed because you’re wearing scarf?” “Does your parent allow you to find your own husband?” sehinggalah kepada “Can you teach me how to cook vegetables?” dan “ Would you like to join us tonight. We’re heading to Top B…(referring to one of uni’s top party event – Top Banana)..I’ll find you one decent dress and you can join us..”Secara jujurnya, penulis sangat berasakan bertuah duduk di Westwood. Selain dapat exercise hari2 untuk ke sekolah, kawan2 sehall juga adalah sangat menarik.

Handout yang disediakan oleh penulis untuk mengajar rakan-rakan satu hall tentang sayur (walaupun penulis sendiri tidak makan sayur)

Handout yang disediakan oleh penulis untuk mengajar rakan-rakan satu hall tentang sayur (walaupun penulis sendiri tidak makan sayur)

-Lokasi Westwood pada pendapat penulis  adalah sedang2 sahaja, tidak jauh dan tidak juga dekat. Sangat sesuai untuk pelajar2 kursus Early Childhood Education dan mereka2 yang mengambil Education as a subject, juga sesuai untuk pelajar2 yang hari2 ke Central Campus.

Hasil pengalaman penulis, perjalanan adalah mengambil masa kira2 12minit berjalan kaki ke Ramphal Building (tempat pelajar2 Accounting dan Finance menghadiri lectures) dan Prayer Hall (oh, mind you, the 12minutes duration was based on the British walking speed), jika mengikut speed biasa orang Malaysia yang lemah lembut dan sopan santun, adalah mengambil masa kira2 23minit (hasil pengalaman memakai baju kurung dan heels ke kelas). Dari Westwood ke Tesco juga adalah sangat dekat, kira-kira 5minit perjalanan kaki. Maka, Tesco adalah selalu menjadi tempat lawatan sambil belajar (LASBELA) orang2 Westwood.

baju dan seluar

Pakaian 12 minit perjalanan

23 minit perjalanan jika berpakaian begini

Pakaian 23 minit perjalanan

-Lokasi Westwood campus juga adalah sangat menarik, terutamanya pada musim luruh , musim salji dan musim bunga. Daun2 mohabbatein bertaburan di mana2,juga tidak dilupakan arnab dan tupai berkeliaran membuatkan perjalanan ke Central Campus menarik kerana dapat melayan perasaan. Kawan2 penulis dari university lain berasa sangat teruja dengan hall penulis..hehe..

Westwood yang mengujakan

Westwood yang mengujakan

Westwood di waktu malam

Westwood di waktu malam

Keburukan Westwood :-

-Westwood mungkin kurang sesuai untuk anak2 gadis yang suka balik malam (Seperti penulis..haihh..). Jikalau kelas adalah habis pada pukul 7pm terutama ketika Semester Musim Luruh (Autumn Term) adalah sedikit sukar untuk balik ke Hall, terutama jika anda adalah penakut.

Ini bukan di Westwood mahupun di UK

Ini bukan di Westwood mahupun di UK

Namun begitu, pihak university ada memberikan satu penggera keselamatan yang sangat annoying tetapi berguna. Juga, pihak university ada menyediakan shuttle bus untuk kegunaan para pelajar,jadi tiada masalah untuk balik lewat. Nasihat ikhlas daripada penulis, elakkan dari balik malam sangat. Lagipun, anak dara tak baik balik lewat;)

Anak Dara

Anak Dara

-Westwood juga mungkin sedikit kurang selamat dari segi biliknya. Ini kerana ia adalah hall lama. Maka ini bermakna tahap keselamatan sedikit kurang dari hall lain yang mempunyai banyak pintu dan kunci yang perlu digunakan.

Pintu sebegini selamat tidak wujud di Westwood

Pintu sebegini selamat tidak wujud di Westwood

Di Westwood, ia adalah seperti Rumah Tumpangan Ah Seng-hanya satu pintu kayu disediakan di bawah. Jadi, buka pintu tu and everyone will have access to your floor. Secara jujur, penulis sudah biasa dengan keadaan sebegini di mana pada pukul 3pg, akan ada rakan2 dari floor bawah yang mabuk (lelaki-kerana floor penulis adalah single sex floor) dan salah mengetuk pintu.

Antara kejadian salah ketuk pintu bilik

Antara kejadian salah ketuk pintu bilik

– Sepertimana yang telah diberitahu, Westwood adalah tempat penginapan paling tua. Maka, pada waktu malam yang sejuk, adalah sejuk terasa kerana heater yang disediakan adalah jenis lama. Oh, Westwood telah terbina dari zaman 70an, jadi heater pon adalah lama.

Heater di Westwood

Heater di Westwood

Portable Heater

Portable Heater

Namun begitu, adalah sangat boleh untuk pakai portable heater provided that you don’t show it to the cleaner each time she comes to clean your room. Having said that, belilah portable heater dan pakailah di waktu malam  kerana hanya pada tahun pertama dan ketigalah yang sesuai untuk dipakai portable heater (kerana rent tu dah termasuk dengan bil eletrik..janganlah jadi seperti penulis yang terpaksa membayar bil elektrik yang sangat tinggi…oohhh)

Kesimpulan dari penulis, hall ini sangat menarik walaupun ramai yang tak suka. Tapi ape2 pun, lu pikirlah sendiri;)

NB – Maaf atas kelemahan Bahasa Melayu penulis. Setahun lebih tidak berkawan rapat dengan Malaysians mampu menyumbang kepada kelemahan ini..

Penulis

Penulis

Penulis adalah pelajar tingkatan dua jurusan Perakaunan dan Kewangan, Sekolah Perniagaan Warwick.

Nama penulis ialah Siti Maisarah bt Che Yahya. Tapi beliau lebih gemar dipanggil sebagai Sarah. Kalau anda panggil beliau dengan nama Maisarah ataupun ‘Sarah’ (gaya orang putih), alamatnya beliau akan meleteri anda selama beberapa minit.

Sekian, terima kasih.

19 thoughts on “[ACCOMMODATION] Westwood

    • ni kaamyl daripada brighton ke? peserta WOW 2008?

      yep, seperti yg ‘kak’ sarah sebut, medic di warwick hanya utk mereka yg dah ada 1st degree in physical, natural or biological sciences… i am sure u know about this, better than i do

      • ye betul takde lain dah (ceh)

        tapi kalau tak silap kalau dah ada degree pun, graduate entry ni cuma utk locals je? oh well

  1. semua orang sila jangan tertipu dengan gambar yoga mahupun bilik tu..ada je gmbr bilik tapi adalah tidak cukup mengemas dan tidak sesuai utk diletak..begitupun,bilik adalah spacious.alhamdulillah..

    oh warwick ada medic, tp kena ada 1st degree dulu la..hence xde medic undergrad..diorg buat style us kononnye:P

    • sarah buat yoga lain.. tau x yoga ni ada byk movement?

      sarah buat yang basic 6 tu je. kan? tapi haram tau yoga tu sarah…

  2. kamyl,

    setahu saya course medic tu open je utk sesiapa pun, bukan utk locals sahaja. sebab kitorang kenal ramai je non-British yg buat medic kat sini (ramai = 2 orang. hehe)

    maka cik kamyl ke manakah?

    • oh ye? ok. ucas haritu tak pass. nanti insyallah akan go tru clearing, so we’ll see.. (dubdapdubdap)
      eh keluar topik pulak. westwood. err, akak penulis ni cun ah;)

  3. A.K.M.A.L,

    letakla post baruuuuuu…bosan aa banyak free time (padahal xsedar diri nak pekse dah ni..haih)…article pasal sisters tunggu after sarah abis exam 16jun ni ok?;)

  4. Science school= Biological sciences ke?? sangat jauh kot..Westwood di satu hujung..Gibbet Hill campus di hujung lagi satu..

    Tapi kalu Physics and Chemistry dkat main campus je..ade la 10-15 minutes jalan..

    • xsure la pulak. xpernah cuba.

      tapi kalau tengok gaya berjalan wanita melayu, 15 minit dari westwood ke student union. then dari student union ke biological sciences department, akan ambik masa 10 minit kot.

      so in total around 25 minutes. maybe ada shortcut, but i think shud be around 20 minutes.

      boleh je naik basikal.

      so nak ambik ke x westwood ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s