Islamic Society

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara…(“,)

Kami

Kami

Telah terdapat pelbagai artikel mengenai penginapan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di University of Warwick yang tercinta ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang societies di sini? Mungkin jika di Malaysia kita ada Persatuan Puteri Islam(Di sekolah rendah dan menengah. Tidak pasti samada di kolej-kolej terdapat persatuan seperti ini atau tidak), Alhamdulillah di University of Warwick, terdapat persatuan Islam yang diberi nama Islamic Society atau lebih dikenali sebagai ISoc.

Senior yang telah dan yang akan pulang (sekadar gambar hiasan)

Senior yang telah dan yang akan pulang (sekadar gambar hiasan)

Seperti yang pernah dikatakan dalam artikel mengenai prayer hall, ISoc merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengurusetia prayer hall dan juga menjaga hal ehwal masyarakat pelajar Muslim di universiti terutamanya perihal makanan halal dan kemudahan untuk bersolat. Oh tidak..ISoc is not a lame religious society! Alhamdulillah jawatankuasa tertinggi ISoc sentiasa cuba menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik, menggembirakan dan bermanfaat khas untuk ahli persatuan.

ISOC BBQ

ISOC BBQ (tiada Malaysian di sana walaupun sesetengah daripada mereka serupa seperti Arif Ismail)

Summer BBQ merupakan salah satu aktiviti tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu yang diadakan setelah musim peperiksaan mengundurkan diri.

Mereka sedang makan

Mereka sedang makan (dan merancang untuk jogging pada keesokannya)

Yang lebih menarik, sepanjang bulan Ramadhan lazimnya akan terdapat juadah berbuka puasa disediakan secara percuma di prayer hall. Jika tiba di Warwick pada bulan Ramadhan InshALLAH korang akan berpeluang berbuka puasa percuma.

Macam ni la lebih kurang gayanya... Disebut IFTAR

Macam ni la lebih kurang gayanya... Disebut IFTAR

Sambutan raya di university of Warwick juga diuruskan oleh ISoc. InshALLAH kemeriahan sambutan raya di sini bersama-sama komuniti Islam yang sentiasa peramah beserta dengan juadah tradisional Malaysia,(jangan risau. kuah kacang, ayam masak merah , kuih raya dan lain-lain boleh didapati di sini hasil daripada kehandalan senior-senior memasak.) Brunei, Pakistan dan Arab (manis-manis belaka) kebiasaannya sedikit sebanyak dapat mengubat rindu terhadap keluarga disayangi.

Cuba anda fikirkan kaitan gambar ini dengan perenggan di atas

Cuba anda fikirkan kaitan gambar ini dengan perenggan di atas, kemudian jawab di bahagian komen

Sesungguhnya University of Warwick terdiri daripada komuniti Islam yang agak ramai. Salah satu keistimewaan ISoc yang juga merupakan salah satu objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim sesama Muslims.

Doa led by brother Muthanna

Do'a led by brother Muthanna

Pabila sesuatu aktiviti diadakan, inshALLAH prayer hall yang sentiasa menjadi tempat perjumpaan sisters and brothers akan dipenuhi oleh Muslims pelbagai bangsa. Lazimnya orang-orang Pakistan and Arab ni amat peramah dan ambil berat tentang orang lain walaupun baru berjumpa. Boleh dikatakan, senyuman sentiasa terukir di bibir. Jadi, janganlah segan-segan bertegur sapa dengan mereka. They are always happy to discuss anything with you. Bila difikirkan, banyak aktiviti yang dianjurkan oleh ISoc. Rasanya akan lebih panjang daripada journal jika memperincikan setiap aktiviti. Oleh itu, bullet points amatlah membantu;p

Antara aktiviti-aktiviti yang sering diadakan pada setiap tahun:

–          Ceramah-ceramah tentang pelbagai isu semasa yang berkaitan Islam. Pada pandangan diri ini, ceramah-ceramah ini amat bermanfaat. Pelbagai ilmu baru diperoleh. Tidak rugi rasanya untuk memperuntukkan sekadar sejam untuk mencedok ilmu akhirat daripada orang-orang yang amat berpengalaman. Sehinggakan terdapat penceramah yang sanggup datang dari Australia ke bumi Warwick ini. Yang amat menarik dan bagi saya jarang atau tidak pernah didapati di Malaysia, non-muslims juga turut hadir ke ceramah-ceramah ini. Betapa mereka mempunyai keinginan yang mendalam untuk mengetahui tentang Islam.

semasa STAR Sleepover - ISOC mengadakan misi dakwah. Sungguh kacak sekali rupa pendakwah seorang ini (ya, kita semua pendakwah!)

semasa STAR Sleepover - ISOC mengadakan misi dakwah. Sungguh kacak sekali rupa pendakwah seorang ini (ya, kita semua pendakwah!)

–          Islamic Awareness Week. (ceramah+tayangan filem+cultural night/cultural day)

Islamic Awareness Week

Islamic Awareness Week

Cultural Day yang berjaya mendapat perhatian Muslims dan Non-Muslims. Amat meriah!

Cultural Day

Seorang lelaki dan presiden ISOC

–          Charity Night. Charity nights juga merupakan salah satu aktiviti yang sering diadakan bagi menghulurkan bantuan kepada saudara Islam kita terutamanya yang berada di Gaza dan Palestin. Dihadiri oleh Muslims dan Non-Muslims.

Nasyeed daripada Kumpulan Nasyid ShoutulPo

Nasyeed daripada Kumpulan Nasyid Shoutul Po

Charity Night. Malaysians merupakan antara ahli yang aktif! Two thumbs up!

Charity Night - sarah dan seorang wanita yang namanya dirahsiakan

Charity Night - sarah dan seorang wanita yang namanya dirahsiakan (kerana saya lupa)

–          Lawatan-lawatan ke kedai-kedai yang menjual makanan halal di sekitar Coventry ini. Kebiasaannya akan diadakan pada awal tahun akademik.

Ini bukan gambar lawatan ke kedai halal

Ini bukan gambar lawatan ke kedai halal

–          Lawatan-lawatan berunsur riadah dan bersuka-ria. Jika tidak silap, ISoc telah menganjurkan lawatan ke Alton Tower Theme Park tahun lepas!

–          Tidak dilupakan terdapat juga kelas Tajweed dan Seerah yang diadakan seminggu sekali selepas Asar. Tidak memerlukan sebarang bayaran.

–          Aktiviti mingguan untuk sisters and brothers. Swimming untuk sisters manakala football untuk brothers. Bagi yang gemar swimming, bolehlah manfaatkan masa yang diperuntukkan, lazimnya sejam untuk swimming di Warwick Sports centre. Pada waktu ini, ISoc akan book the swimming pool hanya untuk sisters dan tidak akan ada lelaki yang dibenarkan menggunakan swimming pool pada waktu itu. So sweet kan;p Begitu juga untuk aktiviti football between brothers, padang bola akan di book khas untuk ahli.

Penglibatan ISOC dalam (Students Action for Refugees) STAR sleepover

Penglibatan ISOC dalam (Students Action for Refugees) STAR sleepover

–          Yang menariknya, ISoc juga ada mengadakan joint events dengan religious society yang lain. Dalam event inilah kita dapat mengetahui perbezaan dan persamaan antara agama Islam dan agama lain terutamanya Christian. Benar-benar membuka minda. Susah nak dapat kat Malaysia tau!.                       

 

 

 

ISOC dan Christian Focus joint event

ISOC dan Christian Focus joint event

 

 

Menarik dan tertarik? Nanti bila korang dah sampai sampai ke University of Warwick, semestinya korang akan berjumpa dengan senior-senior Malaysian yang kebanyakannya memang ahli ISoc. Ahli-ahli yang amat aktif gitu;p Jangan tak percaya, kebanyakan ceramah-ceramah dan aktiviti yang diadakan, Malaysian merupakan antara yang paling selalu hadir. Jadi, bolehlah bertanya kepada sisters or brothers tentang pengalaman mereka sebagai ahli ISoc.

Po, salah seorang ahli ISOC yang paling aktif

Po, salah seorang ahli ISOC yang paling aktif (ini bukan semasa program ISOC)

InshALLAH setiap tahun akan terdapat satu hari yang diperuntukkan untuk semua societies mempromosikan persatuan masing-masing. Jadi bolehlah korang melawat-lawat booth ISoc dan mendaftarkan nama disitu. (jika berminat. Tiada paksaan.) Mungkin orang yang berada di booth ISoc tersebut ialah Malaysian? Tidak mustahil! Kerana pada tahun ini (2009/2010) Alhamdulillah 5 daripada 11 jawatankuasa tertinggi ISoc merupakan Malaysians;p Chao!! Kepada bakal-bakal junior yang menyimpan niat untuk menjadi perintis, teruskan niat anda dan senior-senior sudah pasti akan mengundi anda!

Vice President

Vice President

Events Officer

Events Officer

Webmaster

Webmaster

Sisters Welfare Officer (from her facebook)

Sisters Welfare Officer (from her facebook)

Secretary (from her facebook)

Secretary (from her facebook)

Dengan sukacitanya diri ini hendak mempromosikan ISoc. Sertailah ISoc. Sudah tentu hidup anda akan dibelenggu kebosanan jika hanya study di bilik atau di main Warwick library atau di prayer hall library.

Kebosanan kalau tak join ISOC (bak kata penulis)

Kebosanan kalau tak join ISOC (bak kata penulis)

 

Kegembiraan yang akan dialami setelah masuk ISOC. Pilihan di tangan anda!

Kegembiraan yang akan dialami setelah masuk ISOC. Pilihan di tangan anda!

 

Oleh itu, manfaatkanlah kewujudan ISoc dengan menjadi ahli. Anda sudah pasti sentiasa dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan, mengemukakan idea dan sebagainya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Website ISOC

Website ISOC

Untuk maklumat lanjut, sudi-sudilah mengunjungi laman website ISoc yang terbaru yang so impressive and up to date. Credit to Encik Nazri yang merupakan web master ISoc. ISoc juga memanfaatkan teknologi moden. Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri mengunjung ISoc Facebook.

Sekian mengenai ISoc.

 

Ahli ISoc yang setia.

Nurafiah. (“,)

1st Year.

BSc Accounting and Finance.

4 thoughts on “Islamic Society

  1. aku ingin mengemukakan bantahan terhadap caption gambar ‘sungguh kacak sekali rupa pendakwah seorang ini’,amat tidak tepat.haha.

    • ko jangan dengki buleh x?

      kalau ada lagi cubaan sebegini yang ko lakukan, aku akan menulis artikel balasan… hahahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s