[ACCOMMODATION] Benefactors

Benefactors,..hmmm, apa yang specialnya dengan hall ini ya? Benefactors menawarkan accommodation single dan double room, namun memandangkan saya tinggal di double room, artikel ini hanya akan fokus pada double room accommodation sahaja.

Benefactors

Benefactors

Satu2nya residential hall di Warwick University yang mempunyai sharing room yang amat la besar gajahnya.

Sharing Room

Sharing Room

Dua tingkat,meja study dan ruang legar nya dibawah, kemudian katil, bilik air dan almari pakaiannya berada di atas.

Inilah bilikku

Inilah bilikku

Walaupun bilik masing-masing besar, namun dapurnya amatlah kecil untuk dikongsi oleh 20 orang. Sudahlah kecil, tiada tingkap pula. Maka pengudaraan di dapur itu amatlah teruk dengan haba terperap didalamnya dan jika kotor dapur itu maka amatlah tidak selesa untuk dimasuki.

Common Room

Hall ini juga mempunyai sebuah Common Room yang amat besar. Biasanya digunakan untuk melepak. Tapi biasanya mat saleh buat party kat situ pada hujung minggu. Jadi selalunya common room itu akan bersepah dan berbau arak.

Hall ini terletak sangat dekat dengan pusat kampus. Jadi pada kebiasaanya anda boleh bangun 8.50am untuk menghadiri lecture pada jam 9am.

Sewanya tidaklah begitu mahal, £85 seminggu. Tetapi hall ini hanyalah untuk 30 minggu, maka pada waktu cuti anda terpaksa pindah keluar.

Ditulis oleh,

Nazri Awang

1st Year

BSc MORSE

Gambar oleh Syukri

6 thoughts on “[ACCOMMODATION] Benefactors

  1. Hi, salam perkenalan….
    i’m one of your juniors who’l be coming over to Warwick in October 2009.
    We really hope you can help us out with the accommodation..i hope you don’t mind..

    • Benefactors ni mixed. Tapi untuk shared rooms, dia memang tak akan campur lelaki perempuan.

      Buat makluman Izzah, tak ada hall yang single sex completely. Cuma bagi sesetengah halls, dia ada sediakan beberapa flat yang single sex (contohnya Westwood, Claycroft, Tocil) tapi jumlah single sex flat ini sangat sedikit sebenarnya.

      Walau bagaimanapun, biasanya kalau kita minta, dia akan bagi sebab kebanyakan pelajar lain tak kisah tinggal single sex atau mixed.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s