[SISTERHOOD!] Tangan Yang Menghayun Buaian…

Sedalam belukar berangan terjulur,

Buah meranti dimamah masa,

Salam mekar tangan dihulur,

Menanti kedatangan pengimarah dunia.


Assalamulaeykum pembuka bicara,

Moga jiwa di lindungi yang Esa,

Terpanggil dihati menulis cerita,

Namun yang jelas pengalaman menjelma,

Berasa bebas untuk dikongsi bersama,

Pada yang bakal mengalaminya jua.

MashaAllah, setelah berunding dengan para ‘brothers’ yang dihormati, saya memutuskan untuk menyumbang sedikit catitan pena untuk dikongsi bersama. Saya merupakan pelajar tahun akhir jurusan mikrobiologi tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.  So, terdapat permintaan untuk bercerita tentang para kaum hawa yang bertakhta di bumi warwick ni. Secara jujur, agak ramai juga bilangan spesis ni, namun mereka agak berkelompok. Sesuatu yang boleh dikatakan bukannya salah pada setiap masa kerana ianya bergantung kepada kebersamaan setiap kelompok dengan yang lain. Namun Alhamdulillah pada adik-adik tahun 2 dan tahun 1 2008/09, hanya 2 orang dan 6 orang setiap satunya. Boleh disimpulkan yang mereka berada di barisan yang sama dan pastinya paling hadapan dalam mewakili warga Muslim Malaysia.

The first WSC gathering in 2008/09

The first WSC gathering in 2008/09

Kami bermula dengan sebuah gabungan yang telah diasaskan sejak 2007 oleh beberapa kakak yang sangatlah sweet. Ia bermula dengan hanya sebuah yahoogroup, namun setelah kedatangan adik-adik tahun 1 2008, ia berkembang dan mula mengadakan aktiviti-aktiviti yang dirasakan perlu untuk mengekalkan persahabatan di bumi yang kekurangan wanita muslim ini. Sebelum terlupa, suka untuk saya ceritakan yang gabungan ini turut dijayakan oleh para wanita cantik dari negara jiran iaitu Brunei Darussalam!

Malaysians, Bruneians and Singaporeans

Malaysians, Bruneians and Singaporeans

Antara aktiviti kelolaan gabungan ini adalah berskala mingguan, bulanan, serta penggal (termly). As for mingguan, kami akan berkumpul di mana-mana yang dirasakan best, untuk bertanya khabar dan berbincang tentang isu semasa. ‘Its fun’ bila ianya disertai dengan puding roti ( Cik Alia), Puding jagung dan kek pisang (Cik Faezah), Special lasagna (Cik Raihan), Spaghetti goreng (Cik Maisarah) juga tak lupa Nasi goreng (Cik Ratia) yang pastinya ‘mouth-watering’. Alhamdulillah ianya tetap berjalan jika hanya disertai dengan makanan jiwa untuk bekalan di akhir kelak. Selain itu, terdapat juga kelas seerah dan kelas tajweed yang sering kami sertai untuk peningkatan diri.

WS circle

WS circle

Aktiviti bulanan pastinya galakkan untuk menghadiri sebarang ‘talk’ atau aktiviti yang dianjurkan Isoc. Terdapat Kuliyyah yang diadakan di Banbury (berdekatan Oxford) yang biasanya diadakan pada setiap jumaat minggu terakhir setiap bulan.Untuk aktiviti semesta yang suka untuk kami katakan ditunggu-tunggu oleh setiap ‘kami’. Biasanya diadakan pada hari jumaat hari terakhir setiap penggal (di sini sistem penggal terbahagi kepada 3; winter term, spring term dan summer term). Aktiviti ini dikenali sebagai ‘Sleepover for the Beauties’. Interesting ain’t it? Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang malam (yang tak dapat la saya beritahu di sini atas sebab-sebab kecantikan para wanita.. ngeee..) sehingga ke subuh dan diakhiri dengan breakfast yang best!! Dan ianya diadakan di permis ‘off-campus’. SubhaAllah…seperginya saya tahun depan, ini merupakan ingatan tulus ikhlas yang tak akan dilupai seumur hidup.

Aktiviti hujung semester

Aktiviti hujung semester

Aktiviti hujung semester

Aktiviti hujung semester

Ukhuwwah para hawa tidak terhenti sekadar dikalangan warga Malaysia, ianya terbuka luas kepada ‘Muslim women’ yang lain, baik dari negara ‘penjajah’ ini (Baca: Britain) juga negara lain. Pada hemat saya, terdapat pelbagai wakil seperti Pakistan, Singapore, Turkey, Kazakhstan, Morocco, France, India, Bangladesh, Saudi Arabia, Mesir, Kenya dan juga Somalia. Ini membuka peluang kami untuk mendalami sejarah serta penerimaan para wanita oleh masyarakat luar serta hak-hak yang diletakkan untuk mereka. Pelbagai budaya dapat dipelajari dan ditimbal balik untuk refleksi. Terutamanya perbezaan antara beberapa budaya yang jelas bertentangan dengan tuntutan Islam namun masih diterima ramai.

France, Kenya, Malaysia, Brunei, Turkey, Morocco... MASHALLAH (with my tone..)

France, Kenya, Malaysia, Brunei, Turkey, Morocco... MASHALLAH (with my tone..)

Di sini saya sertakan gambaran-gambaran keceriaan yang kami nikmati untuk rujukan. Moga setiap kata yang dikeluarkan disertai berkat untuk setiap ummah. Gabungan mengucapkan ucapan ‘SEMOGA BERJAYA’ menempuhi ujian formal mahupun tidak formal serta ‘SELAMAT DATANG’ ke University of Warwick. Lambaian salam disusuli semangat tekad yang tinggi bukan hanya diukur dengan segulung ijazah tetapi juga pembentukan akhlak dan peribadi capasiti seorang Muslim dan manusia berguna bagi yang bukan muslim, InshaAllah.

Solat Hajat Final 2007/08

Solat Hajat Final 2007/08

EID-UL ADHA--- MUBARAK!!

EID-UL ADHA--- MUBARAK!!

Gathering again!

Gathering again!

The seniors

The seniors

Solat waktu winter ni.. sejukkk!!

Solat waktu winter ni.. sejukkk!!

Our Bbq... interesting... interesting!

Our Bbq... interesting... interesting!

Sis Azrah's Birthday

Sis Azrah's Birthday

Hari Raya!!

Hari Raya!!

Bbq!!

Bbq!!

Leaving this year... *sigh*

Leaving this year... *sigh*

Akhir kalam… gabungan dikenali sebagai :-

WARWICKSISTERHOOD

‘Success of Great Muslims Today Is Hope Of The Ummah Tomorrow’

4 thoughts on “[SISTERHOOD!] Tangan Yang Menghayun Buaian…

  1. bergenang2 air mata baca..i’m gonna miss the leaving sisters too (regardless of their nationality)..sangat.. oh btw, it should be mee goreng but then sini mee kuning mahal, so terpaksa substitute with mee goreng;)

  2. assalamualaikum

    wei korang cool gile mende alah website nih!
    *clap clap*

    keep up the gud work!

    ya Allah rindu gile warwick T_T hanya Tuhan yang tahu

    update2 lah selalu yeah

    wacayasamalubeb!

    • waalaikumussalam…

      hehe.. nak tulis something ke kak sya?

      hehe…. boleh2.. sila hantar tulisan anda kepada saya… klik About.

      insyaAllah akan selalu update.

      wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s