[CAMPUS LIFE!] Surau / Prayer Hall

Surau atau lebih dikenali sebagai Prayer Hall dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dapur, perpustakaan kecil, bilik air (termasuk bilik air khas untuk OKU), bilik wudhu, dan pejabat Imam surau (Muslim Chaplain).

The Entrance

The Entrance

The Prayer Hall - brothers

The View After Entrance

The View After Entrance

Rak kasut dan Tandas OKU

Rak kasut dan Tandas OKU

Surau ini dipertanggungjawabkan kepada Imam surau serta ahli majlis tertinggi Islamic Society memantaunya. Surau tersebut dipisahkan ruangnya antara muslimin dan muslimat.

Di bahagian muslimat ada pintu masuknya sendiri serta bilik air dan bilik wudhu khas untuk muslimat. Begitu juga dengan bahagian muslimin.

Brothers and Sisters Entrance

Brothers' and Sisters' Entrance

Bilik wudhunya kecil sahaja, cukup untuk 5 orang mengambil wudhu dalam satu masa. Bilik airnya merupakan satu-satunya bilik air di university ini yang dilengkapi dengan paip air untuk beristinjak. Bilik-bilik air yang lain hanya disediakan dengan tisu sahaja.

Wudhu (Ablution room)

Wudhu' (Ablution room)

Pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, akan ada jualan nasi ayam dengan harga £2.50 sebungkus pada waktu tengahari. Jangan tertipu dengan nama “nasi ayam” itu kerana di UK “nasi ayam” bermakna nasi bersama lauk ayam, bukannya seperti Nasi Ayam yang mudah didapati di Malaysia.

Abang Po sedang mengambil nasi

Abang Po sedang mengambil nasi

Kemudian beliau makan

Kemudian beliau makan

Ada khabar angin yang menyatakan bahawa harga tersebut akan naik kepada £3.00 pada tahun hadapan. Oleh itu, saya menggesa agar anda mula untuk belajar memasak dari sekarang.

Perpustakaan surau ini dipenuhi dengan buku-buku yang berkaitan dengan Islam dalam pelbagai jenis bahasa termasuklah bahasa Melayu, Arab dan Urdu.

Penuh dengan laptop untuk study

Penuh dengan laptop untuk study

Perpustakaan ini juga menyediakan ruang untuk belajar di dalamnya. Sesetengah orang lebih gemar untuk menelaah di situ daripada di bilik sendiri mahupun di perpustakaan universiti.

Permanent Residents - Abg Akmal dan Khairul

Permanent Residents - Abg Akmal dan Khairul

Tetamu dari London (DZ) dan Po yang tengah stress kenapa tikus yang diguna semasa eksperimen semuanya mati

Tetamu dari London (DZ) dan Po yang tengah stress kenapa tikus yang diguna semasa eksperimen semuanya mati

Po bajet comel semasa study di luar

Po bajet comel semasa study di luar library

Ruang solat surau ini juga cukup besar. Bahagian muslimin sahaja mampu menampung lebih dari 100 orang. Ruang muslimat pula tidak banyak beza saiznya.

Aktiviti Malam semasa Musim Exam - bersedia untuk Qiam :p

Aktiviti Malam semasa Musim Exam - bersedia untuk Qiam :p

Sofa itu tempat kami selalu lepak tunggu waktu solat

Sofa itu tempat kami selalu lepak tunggu waktu solat

Surau ini digunakan juga untuk Solat Jumaat. Maka para pelajar muslimin di sini tidak perlu bimbang tentang itu. Menariknya budaya di sini berbanding di Malaysia ialah solat jumaat di sini turut dihadiri oleh muslimat. Ini merupakan peluang buat para muslimat yang tidak patut dilepaskan untuk menghadiri solat Jumaat. Ini merupakan pengalaman yang jarang-jarang didapati di Malaysia.

Khutbah-khutbah yang disampaikan oleh khatib juga sangat bermutu kerana tidak terikat kepada teks-teks tertentu. Khatib diberi kebebasan untuk menyampaikan apa-apa sahaja tajuk yang releven dengan komuniti di sini.

Bakal Khatib Kami - YB Dzull (macho kan dia?)

Bakal Khatib Kami - YB Dzull (macho kan dia?)

Bagi saya, khutbah yang disampaikan selalunya isu-isu sangat releven dengan masyarakat di sini serta diselitkan dengan nasihat-nasihat yang praktikal. Para khatib juga terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan mempunyai cara penyampaian unik masing-masing baik dari segi dialeknya mahupun cara penyampaiannya.

Berikut ialah beberapa gambar kami dan juga prayer hall kami.

Lawatan orang London

Lawatan orang London

Kami selepas Isyak - betapa senior disayangi di Warwick

Kami selepas Isyak - betapa senior disayangi di Warwick

Wanita Warwick

Wanita Warwick

Wanita Warwick

Wanita Warwick dan Coventry

Wanita Warwick lagi...huh.

Wanita Warwick lagi...huh.. ok, dah, cukup.

Prayer Hall ini dinobatkan sebagai Prayer Hall terbaik seluruh UK, kerana masih belum ada mana-mana pihak yang berani untuk mengemukakan cabaran bagi menewaskan prayer hall kami ini. Imperial ada berani? Notts? (kriteria: dapur, tempat study, kapasiti, tandas (IC dapat 0 markah utk yg ni), heating system, bilangan makmum).

Sekian, No Holds Barred🙂

Penulis - nama dirahsiakan atas sebab-sebab sekuriti

Penulis - nama dirahsiakan atas sebab-sebab sekuriti

36 thoughts on “[CAMPUS LIFE!] Surau / Prayer Hall

  1. Salamunalaik.. syukran buat brother and sister yang bina blog nie. Sangat bermanfaat.. Ana tak dapat tengok lagi prayer hall nie sebab connection cam lambat sket. Gambar lambat keluar. Anyway, prayer hall ni mungkin akan mengingatkan ana and kawan2 balai islam kami. =(.. it’s okey, Dan tentang solat jumaat bagi muslimat tue, menariknyer.. tak pernah lagi ikut serta solat jumaat.. =).. we will learn many new things nie. Hope sister2 and brother2 sume dapat beri tunjuk ajar.. Arigato… syukran..

    • maaf, sisters tak terlibat buat blog ni.. hehe… dah offer tapi diorang xnak… skarang tengah tunggu sarah..

      wsalam

      p.s. harap alia dan milo baca :p

      • ye ke? Nak tahu jugak aktiviti muslimat camne.. Sebab majoriti kami yang insyaAllah akan ke sana adalah dikalangan muslimat… extinction of brother2 yang nak jadi guru… =) Klau tak keberatan, sudi dikongsikan tentang aktiviti bagi muslimat nie.. Selalu nampak brothers je yang post artikel, nak kenal jugak bakal2 sisters kami… (^_^)

    • Salamunalaik…

      Setakat nie kami warwick ladies belum terlibat secara langsung lagi dengan penulisan di blog ini..insya Allah secepat mungkin, in a day or two, akan ada artikel dari sisters;) insya Allah jugak, there’ll be an article regarding activities held by sisters..sangat menarik..huhu;)

  2. hee.. selain daripada surau yang menyediakan tempat tidur yang selesa… di sana juga terdapat banyak cekedis-cekedis yang percuma .. dan amat dihargai ketika account bank sudah dilanda kemarau.. hiks..

    • antara yang suka makan biskut dan minum teh kat prayer hall ini ialah budak fizik. sebab penat buat lab, esp hari khamis bila ada lab

    • waaah, kacak la gambar abg Dzull.. berkenan saya. boleh dapat nombor telefon? email pun boleh. nnt saya add abg dzull kat facebook k.😉

  3. milo tulis pasal heronbank buleh?
    kalau sanggup jadi author pon boleh jugak..

    alia pulak, bile nak siapkan?

    maaf la ye ganggu korang nak exam.. korang kan berat exam kali ni, markah dikira untuk total degree… kami yang 2nd year boleh la rilek2, asal lulus je…

    • sikit? tetapi semuanya gempaq2 belaka… jangan tertipu dengan bilangan…

      (kalau nak ramai sikit, mehlah datang newcastle =) hehe)

      Kepada admin laman ini, tahniah. Tak berhenti senyum baca entri-entri anda!

      • saya pun senyum baca komen anda (namun adakah setelah mengetahui bahawa admin itu adalah saya, anda akan memadam komen anda? oh tidak)

        namun segalanya daripada Allah.

  4. oh btw, sila jangan tertipu dengan harga nasi itu..Nasi makcik Pakistani adalah berharga sebanyak GBP2.75, dan bukanlah GBP2.50.Sungguhpun begitu, makanan Melayu yang sedap masih dijual pada hari selasa dan Khamis (Special credit to Warwick’s best cook-Abg Fuad, jugak Kak Elin)

    juga, belajarla memasak wahai adik2..sangat berguna terutamanya bila ada kenduri kendara;)

    • sejak bila jadi 2.75?

      (masa saya mula2 sampai tahun 2007, harga nasi berlauk ayam ialah 1 pound sahaja – credit to ustaz isa dan family)

  5. 2.75 adalah nasi makcik pakistani pada hari isnin, rabu dan jumaat..kepada mereka2 yg tidak berapa berminat dengan nasi beriani pakistan mahupun nasi lauk ayam spinach hijau,marilah belajar memasak..WE CAN DO IT!!

    • mana ada sarah.. pandai2 je buat cite…

      2.75 pound tu harga pratha dengan kari dia la.. kalau nasi 2.50 pound jugak…

    • InsyaAllah… sentiasa dihidupkan surau ini… Study, dinner dan solat semuanya di sini.. Hehe.. Tidur tengahari pun kat sini

  6. pada pendapat saya,penulis berasa risau kerana perkara2 sensitif mungkin membawa kepada penangkapan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU):p apa-apapun, NO HOLDS BARRED!!I liokeeeeeeee…dari mana la agaknye quote ni datang:P😛

  7. sronot sangat baca web ni… huhuhu.. buleh nanges…. kenangan silam terimbau… waaaaaaaaaaaa… iluvwarwick… muuaxxx

    • adeih…

      apesal semua ex warwick ni feeling2 lak.. hehehe… ni x masuk lagi gambar2 part sisters.. xpe kak marjan, jgn sedih2…

      nanti kitorang tulis artikel yg lg sedih. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s