[ACCOMMODATION] Tocil

Pengenalan

Tocil merupakan kediaman pelajar yg terdiri daripada 10 blok. Setiap blok mengandungi 6 flat dan setiap blok mempunyai 3 aras (ground, 1 dan 2).

Penghuni

Setiap flat boleh memuatkan sehingga 11 pelajar. Tetapi ada jugak flat yang hanya memuatkan hanya 6 penghuni dan biasanya flat ini terletek di tingkat 2 blok. Kebiasaanya setiap flat dicampurkan lelaki dan perempuan. Tetapi ada jugak flat untuk single sex sahaja. Rasanya bergantung kepada permintaan. Masa isi borang accommodation tu, nyatakanlah yg korang nak flat yg single sex. InsyaAllah akan disediakan. Mcm thn ni, flat 59 (flat atas skali blok 10) adalah single sex (untuk perempuan sahaja). Malah tahun ni jugak ada blok yg kesemua penghuninya adalah perempuan (lupa blok mana). So, mcm yg dah diberitahu,atas permintaan. So, make sure korang nyatakanlah awal-awal dlm borang tu.

Lokasi

Lokasi Tocil bagi aku adalah stategik. Maksudnya dekat dengan hampir semua kemudahan uni. Macam sports centre terletak dlm kawasan Tocil. Paling lama pun korang akan ambik masa 3 minit untuk sampai ke situ. Sports centre ni sediakan kemudahan gym, kolam renang,badminton, squash, basketball, netball,futsal, wall climbing dan macam-macam lagilah. Tapi sukan mcm bola sepak, takdelah kat sini. Pastu academic blok lak mmg dekat je ngan Tocil ni. Dlm 5 ke 7 minit jalan kaki. Warwick Arts Centre lak mmg betul2 dekat ngan Tocil. So kalau nak tengok teater, movie ke mmg ni lah tempatnya (byk movie klasik la, tak pernah-pernah dengar tajuk pun).

Pastu kalau nak shopping lak mmg ok  tempat ni. Costcutter terletak dlm 3 minit jalan kaki, pastu Cannon Park lak -shopping centre budak-budak Warwick, menempatkan Tesco, Iceland, Wilkinson, Boots, dan byk lagi kedai – terletak lebih kurang 5 minit jalan kaki.

Tocil juga dekat dekan hall lain seperti Arthur Vick dan Jack Martin. Paling best, kalau korang nak rasa aman dari bunyi-bunyi tempat party (warwick mmg byk party, hampir setiap mlm), Tocil adalah tempat yg selamat dari bunyi2 ni. So aman skit. Tapi jgn expect akan sunyi gile-gile sebab flatmate korang mungkin akan buat bising. Biasanya sebelum dan selepas pergi party. Tapi takpe kot sebab kalau korang tak tahan, boleh je korang tegur diaorang. Biasanya diaorang akan hormat org lain.

Tapi kepada sesapa yg ambik course biology tu, tempat belajar korang jauh skit dari Tocil. In fact, mmg biology deparment tu jauh dari hall-hall lain pun. Paling dekat ngan biology department adalah Rootes. Kalau dari Tocil dlm 15 minit rasanya. Mungkin ada yg tak percaya yg Tocil dekat ngan segala kemudahan kat atas tu. Sebab kalau tengok dlm peta, mmg agak jauh kan. Segala jarak dlm ni kalau korang ambik shortcut. Shortcut-shortcut ni InsyaAllah akan ditunjukkan bila korang sampai sini.

Kemudahan

Dapur

Antara kemudahan yg disediakan adalah dapur. Kat dapur ni disediakan dengan satu tempat masak, oven, grill, microwave, 2 sinki, water heater, toaster, 2 fridge dan 1 freezer (saiz bergantung kepada jumlah penghuni flat), laci ,almari, meja dan kerusi. Saiz dapur ni sederhana, boleh je nak muatkan ramai org. selalu je kitaorang buat makan2 kat dapur Tocil ni. Cuma, nak bagi petua skit, kalau korang sampai kat Warwick ni, kalau dpt Tocil, masa korang masuk hall tu, cepat2 reserve almari dan laci kat dapur tu tempat korang nak letakkan bahan2 yg akan korang gunakan masa nak masak nanti. Letaklah apa2 dalam tu dulu. Mcm megi dari Malaysia ke, apa2 je lah asalkan boleh digunakan sebagai tanda tu tempat korang. Sebab ada je penghuni yg suka bantai byk2 almari ni. Tapi korang pun bila nak reserve tu, fikir2 lah org lain ye. Kat hall lain pun sama je kot rasanya. Dapur ni akan dibersihkan setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Dapur  Tempat Belajar Masak

Dapur Tempat Belajar Masak

dapur tocil 2

Dapur - tempat merenung kegagalan memasak

Tandas

Terdapat 3 tandas. Setiap tandas ada satu sinki dan satu tandas. Antara 3 tandas ni ada satu tandas yg ada tab mandi. Ni adalah tandas yg terbesar. Yg dua lagi tu ada shower. Pasal kongsi2 tandas ni, tak perlu bmbang sgt sebab jarang berlaku korang kene tunggu kalau nak guna tandas. Biasanya international students yg lain jarang mandi pagi2. Pastu pasal kebersihan, InsyaAllah tandas2 ni bersih. Tandas2 ni akan dibersihkan setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. So, tk bermasalah sgt. Keluasan tandas2 ni lak, sesuai la dengan fungsinya sebagai tandas. InsyaAllah akan diletakkan skali gambar tandas2 ni.

tandas tocil

Tandas yang ada tab mandi - saya suka berendam

Bilik

Boleh dikatakan keluasan bilik adalah sederhana. Tak luas sgt dan tak kecik sgt. Bagi aku sgt ok. Dlm bilik ni disediakan kerusi, katil, rak buku, lamari pakaian, lampu meja, sambungan plug (ada 8 sambungan, paling byk rasanya kalau nak banding dgn hall2 lain), sambungan untuk kemudahan internet (1 sambungan, bawak wayar Ethernet dari Malaysia, kat sini mahal skit), pemanas udara dan tong sampah. Kalau kebersihan lak, sampah akan diambil dari bilik korang setiap Selasa dan Khamis. Tapi tak mcm hall yg mahal lah, mcm lakeside, cleaner akan cuci bilik korang. Kat Tocil ni, korang kene cuci sendiri. tapi jgn bimbang sebab vacuum cleaner akan disediakan. Satu setiap flat. Takpelah, boleh blaja kemas2 bilik kan?hehe. oh lupa dari segi keselamatan, dlm setiap bilik ada pengesan asap.

Bilik Tocil

Kawan saya selalu tanya, kenapa bilik saya lawa?

Bilik 2

Bilik saya yang super kemas

Pusat dobi

Kat Tocil ni ada satu pusat dobi. Dengan bayaran sebanyak 3 pound, korang boleh basuh baju korangdan terus dikeringkan. Pusat dobi ni menyediakan sebanyak lebh kurang 10 (kalau tak silap) mesin basuh dan 10 pengering pakaian. Kemudahan ini hanya dikongsi dengan penghuni Tocil yg lain sahaja. Penghuni hall lain takleh masuk pusat dobi ni. Walaupun jumlah mesinnya sikit jika dibandingkan dengan jumlah penghuni, tapi biasanya tak penuh pun mesin2 tu. Sebab local students jarang guna kemudahan ni.

Hallway - tempat bersosial dengan flatmate

Hallway - tempat bersosial dengan flatmate

Penutup

Kesimpulan dia, Tocil ni hall yg sederhana. Sesuai bagi yg nak jimat duit. Dengan kemudahan yg sederhana, berbaloi rasanya sewa yg dikenakan, 87 pounds seminggu (kemungkinan akan naik thn depan dlm 5 pounds rasanya). Lokasinya lak bagus. Byk tempat yg dekat ngan hall ni. Paling best, hall ni 39 weeks, maksudnya korang boleh stay masa winter ngan easter holidays. Takyah la korang nak pindah2 barang bila cuti.stay je dlm bilik tu. Biasa hall yg kene kuar masa cuti ni, barang2 mmg wajib dipindahkan sepenuhnya. Bilik kene dikosongkan mcm mula2 masuk. Lupa nak ckp, Tocil ni tak mcm hall2 lain mcm Benefactors, Lakeside, Heronbank yg ada bilik ntuk bersosial, kat sini tak disediakan bilik tu.

Sekian dari saya,

YB Dzull Fefry,

ADUN Coventry

1st Year Economics

14 thoughts on “[ACCOMMODATION] Tocil

  1. saya tidak menyokong dakwaan palsu dalam post ini yang menyatakan bahawa

    1)kawan dzull fefry selalu tanya, kenapa bilik beliau lawa? dan
    2)bilik beliau yang super kemas.

    jumpa di mahkamah. sila tangkap gamba bilik anda yang terkini tanpa mengemas, masukkan gamba katil sekali bukan gamba tirai sahaja, jgn kasi potong gamba! ini sebagai bahan bukti

    • aku tambah kicap dengan garam kasi sedap sikit…

      tapi aku xkeluarkan sebarang kenyataan kau…

      jadi kesucian aku lagi tinggi ar daripada utusan meloya tu.. hehe

      • haha.kicap dah masin (unless ko letak kicap manis) pastu letak garam lagi.hmmm.
        utusan meloya?akhbar picisan mana tu?layak jadi kertas balut nasi lemak ok.haha.matila statement aku.

  2. ha…erm tulis pasal warwick sisterhood and sisters in general,on behalf of isoc, boleh?also, an article on Westwood…keyi ma?

  3. tulis pasal ape2 yg awk nak pun sarah….

    1. warwick sisterhood
    2. sisters in general (nak introduce sorang2 ke ape? ni bukan nikah.com ok?)
    3. Westwood – terbaek!

    jzkk sarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s