assalamu’alaikum w.b.t.
alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana telah memberikan kejayaan kepada pihak iLw dalam Y2K hari ini. dengan kehadiran hampir 20 orang melalui medium paltalk dan skype, Y2k berjaya dengan gemilangnya, alhamdulillah. jutaan terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang sudi meluangkan masa bersama kami, bukan untuk manfaat kami, tetapi untuk manfaat sendiri insya Allah
antara peringatan terpenting yang disampaikan oleh MHjr dalam kultum Y2K hari ini adalah tentang keperluan untuk kita tidak berlengah dalam mengajak orang berbuat baik sebagaimana kata Allah s.w.t dalam Al-quran :
“…maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan…”
(2:148)
mungkin ada antara kita yang tidak berpeluang untuk menyertai Y2K sebentar tadi, tidak mengapa, kerana insya Allah dengan pertolongan Allah s.w.t. pasti akan muncul lagi dalam masa yg terdekat. jadi, apa lagi, rebut peluang ini dan jadilah antara orang yang paling bersegera untuk membuat kebaikan i.e. penyampai/pendengar Y2K
moga bermanfaat, insya Allah
sams

