assalamualaikum w.b.t. & salam jumaat!
alhamdulillah, Y2K merupakan satu lagi acara kecil yang telah diberi penjenamaan baru oleh pihak iLw. insya Allah, Y2K akan mula berkemundang diawan-awan paltalk secara mingguan, bermula minggu ini. namun, hari dan masa tidak dispesifikasikan.
pengisian Y2K sangat mudah dan ringan. sesiapa sahaja boleh melibatkan diri dalam acara kecil ini. baik sebagai pendengar, sebagai pembaca yassin & doa (satu package) mahupun sebagai penyampai kultum (kuliah tujuh minit), ataupun kalau semangat anda berkobar-kobar, boleh balun tiga-tiga sekali. tidak menjadi masalah pun..
lillahita’ala, masya Allah berapa banyak pahal masuk :’)
kepada rakyat jelata warwick & coventry sahaja ke? oh, tidak sama sekali! acara ini bukan exclusive pun, sesiapa sahaja boleh menyertainya dan memberi sumbangan kepada Y2K, baik secara zahir, batin, mental dan spritiual insya Allah. dimana jua anda berada, UK?USA?USSR?UM?UIA?USM?UNISZA (promote uni negeri)?U-turn?errrrr..*krik krik*
anda rasa sudah lama gian hendak menyampaikan nasihat kepada diri anda dan orang-orang lain? atau sudah lama teringin hendak mengetuai bacaan yassin sejak zaman anda sekolah rendah lagi? anda boleh berbuat demikian dengan hanya menghantar mesej FB kepada makhluk ini .. (click on the link)

@y2k ilw
sebagai permulaan, ayuh join malam ni!
moga bermanfaat insya Allah.
sams
Tags: Y2K